fbpx
Now Reading
Isu Guna Perkataan ‘Kafir’ Sebaiknya Ikut Pandangan Mufti Wilayah – Mohd Na’im

Isu Guna Perkataan ‘Kafir’ Sebaiknya Ikut Pandangan Mufti Wilayah – Mohd Na’im

Mufti Perlis sebelum ini menegur Fadhlina supaya memperbetulkan penggunaan istilah kafir kerana ia membawa maksud yang sangat salah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu klip video pendek yang memaparkan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menolak penggunaan perkataan kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.

Susulan penularan video tersebut, Fadhlina telah menerima pelbagai reaksi negatif dan kritikan daripada orang ramai, beliau bagaimanapun telah membuat permohonan maaf.

Isu berkenaan kemudiannya terus menjadi bualan hangat selepas setiausaha Fadhlina membuat satu laporan polis.

Kertas siasatan sudah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Menteri Agama nasihat agar isu perkataan ‘kafir’ tidak dipanjangkan lagi

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pula menasihati supaya polemik tentang penggunaan perkataan ‘kafir’ tidak dipanjangkan lagi.

Sebaliknya, beliau berkata pendekatan yang harmoni adalah jalan terbaik ke arah penyelesaian isu tersebut.

Sebaiknya rujuk pandangan mufti

Sehubungan itu, Mohd Na’im berkata, sebaiknya orang ramai merujuk pandangan institusi mufti supaya tidak timbul lagi pertikaian mengenai perkara terbabit.

“Pada saya Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah (Mufti Wilayah) sudah mengeluarkan pandangan yang agak harmoni. Jadi kita perlu kekal kepada pandangan Mufti Wilayah untuk mengharmonikan keadaan semasa,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata demikian hari ini (2 April) dalam Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji (TH) Bagi Tahun Kewangan 2023, di Menara TH selepas diminta mengulas mengenai polemik penggunaan perkataraan kafir.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan berkata tidak adil untuk mana-mana pihak menghukum menteri terbabit tanpa melihat kepada konteks keseluruhan ucapannya.

Mufti Perlis tegur Fadhlina untuk betulkan penggunaan istilah kafir

Pun begitu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) bertindak menegur Fadhlina supaya memperbetulkan penggunaan istilah kafir kerana ia membawa maksud yang sangat salah.

Beliau menegaskan seseorang yang mengharamkan perkataan kafir sama seperti mengharamkan al-Quran dan sunnah.

Secara ringkasnya, kafir di dalam al-Quran membawa maksud golongan atau orang yang tidak percaya kepada Allah SWT dan rasulNya.

Di Malaysia, selain kafir, perkataan lain yang digunakan adalah ‘orang bukan Islam’ atau ‘non-Muslim’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.