fbpx
Now Reading
Isu ‘Mawla Amin’, Menteri Agama Nasihatkan Orang Ramai Jangan Terlalu Taasub

Isu ‘Mawla Amin’, Menteri Agama Nasihatkan Orang Ramai Jangan Terlalu Taasub

Dalam pada itu Menteri KDN, Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan PDRM akan bekerjasama pihak agama negeri untuk memantau kegiatan ‘Mawla Amin’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau kegiatan seorang individu warga Maghribi iaitu ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ serta pengikutnya.

Tindakan tersebut dibuat oleh PDRM selepas Harian Metro melaporkan tentang seorang mudir di sebuah madrasah terletak di Selangor yang mempromosikan ‘Mawla Amin’ dengan membuat kutipan dana awam secara tak sah.

Bukan hanya itu, mereka juga didakwa cuba untuk mewujudkan satu perkampungan ‘Kerajaan 9’ di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Untuk makluman sebelum ini Mawla Amin pernah datang ke negara ini pada dua tahun lepas dan mendakwa dia adalah keturunan Rasulullah SAW.

Baca artikel berkaitan: Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’ Di Melaka, PDRM Pantau Mawla Amin & Pengikutnya

Menteri Agama ingatkan orang ramai jangan taasub kepada sesuatu perkara

Terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengingatkan orang ramai untuk menjauhi diri daripada menjadi terlalu taasub.

Kenyataan itu susulan tular seorang lelaki yang mendakwa dia adalah Nabi Muhammad SAW.

Jelas beliau, sikap taasub yang melampau terhadap sesuatu perkara boleh mendatangkan bahaya kepada diri termasuk masyarakat.

JAKIM, JAIN dan PDRM berkerjasama untuk siasat kenyataan dikeluarkan sebuah akhbar

Katanya lagi, ketaasuban itu boleh membuatkan seseorang individu senang terpengaruh terhadap sesuatu dakwaan daripada individu atau kumpulan tertentu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan akhbar tempatan, Harian Metro, pada 20 Februari 2024 bertajuk ‘Eksploitasi Nasab Suci Nabi’ serta laporan yang berkaitan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam, khususnya Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar berkenaan,” ujarnya.

Tak akan kompromi dengan pihak yang cuba eksploitasi agama dan kepentingan diri

Dr Mohd Na’im berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan tertentu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk kepada JAIN masing-masing berhubung sebarang urusan mengenai pertauliahan mana-mana pendakwah supaya setiap yang disampaikan adalah selari dengan ajaran Islam.

“Semua pihak adalah diseru sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taasub.”

Menteri Agama

Memetik laporan Berita Harian pada 21 Februari Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan PDRM akan bekerjasama pihak agama negeri untuk memantau kegiatan ‘Mawla Amin’

Saifudin juga memaklumkan lelaki terbabit juga sering keluar masuk di negara ini melalui pas lawatan sosial selain turut berada di negara ini selama 90 hari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.