fbpx

Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’ Di Melaka, PDRM Pantau Mawla Amin & Pengikutnya

Ketua Zawiyah al-Wazaniyah di Maghribi, Sharif Wazani Tayeb mendedahkan bahawa Mawla Amin yang mendakwa dirinya keturunan ke -38 Rasullah SAW bukanlah daripada keturunan Wazani.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki dipercayai warganegara Maghribi yang dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ dalam kalangan pengikutnya.

Mawla Amin yang pernah hadir ke Malaysia pada dua tahun lalu juga mendakwa bahawa dia merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW.

Madrasah kutip dana awam secara tidak sah

PDRM mengambil tindakan itu selepas Harian Metro melaporkan mengenai seorang mudir di sebuah madrasah di Selangor yang aktif mempromosikan Mawla Amin dengan mengutip dana awam secara tidak sah.

Selain itu, dilaporkan juga bawa mereka cuba mewujudkan satu perkampungan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

Madrasah beli tanah 11 hektar di Melaka untuk wujudkan ‘Kerajaan 9’

Menurutnya, hasil maklumat yang diterima mendapati mereka juga sudah membeli sebidang tanah berukuran 11 hektar sedangkan pengikutnya bukan dari kalangan orang yang berada namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.

“Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mawla Amin terbabit bersama pengikutnya.

“Madrasah terbabit juga apa yang diketahui membeli tanah di Melaka hasil kutipan dana daripada pengikutnya dan orang ramai bagi membina perkampungan terbabit,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya lagi, pihak polis juga akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri berhubung kegiatan yang dijalankan oleh kumpulan terbabit.

“Sebelum ini juga lelaki terbabit pernah datang ke negara ini dan menghadiri beberapa program di beberapa negeri,” katanya.

Difahamkan lagi, tanah 11 hektar yang dibeli itu merupakan tanah milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang dikatakan akan menjadi penempatan individu dari luar yang bakal diangkat menjadi Imam Mahdi.

Mawla Amin bukan keturunan Wazani

Sementara itu, Ketua Zawiyah al-Wazaniyah di Maghribi, Sharif Wazani Tayeb pula mendedahkan bahawa Mawla Amin yang mendakwa dirinya keturunan ke -38 Rasullah SAW bukanlah daripada keturunan Wazani.

“Dia (Mohamed Amin Ouradj yang juga dikenali Mawla Mohamed Amin al-Hassani) bukan daripada keluarga kami (Keluarga Wazani, Ahlul Bait), saya tidak kenal dia, saya bukan pakcik dia,” kata Sharif.

Jelasnya, individu berkenaan ada hadir ke Zawiyah Wazani sama seperti orang lain untuk mengambil gambar dan gambar itu dipercayai digunakan kononnya dia adalah keturunan Wazani.

Ujar Sharif, lelaki itu mengaku berketurunan Wazani sedangkan ia jelas satu penipuan.

Madrasah terpalit kes salah laku mudir pukul pelajar

Kelmarin (18 Februari), Harian Metro melaporkan madrasah terbabit juga terpalit dengan salah laku membabitkan mudirnya yang memukul dan memaksa pelajarnya tidur di dalam tandas.

Memetik laporan berita itu lagi, madrasah terbabit juga dikatakan tidak berdaftar dan sedang dalam siasatan pihak polis.

Sekitar tahun 2022 dahulu, Mawla Amin pernah menjadi fenomena di Malaysia selepas kehadirannya di negara ini mendapat sambutan yang luar biasa.

Di mana sahaja majlis yang dihadiri oleh Mawla Amin di Malaysia, pasti mendapat kunjungan ramai yang ingin bertemu dengannya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.