fbpx
Now Reading
Isu Kalimah Allah Di Stoking Bukan Perkara Remeh, Harap Jadi Pengajaran Buat Semua – Menteri Agama

Isu Kalimah Allah Di Stoking Bukan Perkara Remeh, Harap Jadi Pengajaran Buat Semua – Menteri Agama

Menteri Agama, Dr Mohd Na’im dalam masa sama turut mengarahkan pihak JAKIM memanggil syarikat serbaneka terbabit untuk berbincang demi memastikan isu ini tidak lagi berulang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, tular satu gambar yang dikongsikan oleh pendakwah, Firdaus Wong menunjukkan sepasang stoking yang tertera kalimah Allah SWT dan ia dijual oleh sebuah cawangan kedai serbaneka, KK Super Mart di Bandar Sunway.

Perkara itu kemudiannya telah menjadi perhatian orang ramai kerana menyentuh sensitiviti umat Islam memandangkan kalimah Allah tidak sepatutnya diletakkan pada stoking.

Susulan daripada insiden itu, KK Super Mart dan pihak vendor stoking terbabit, syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd tampil memohon maaf kepada semua pelanggan khususnya umat Islam berhubung isu stoking berkenaan.

Malah mereka turut mengakui kesilapan itu disebabkan tidak membuat semakan dengan terperinci berhubung produk yang diambil dari China.

Baca artikel berkaitan: Isu Jual Stoking Tertera Kalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf

Menteri Agama sifatkan letak kalimat Allah SWT pada stoking merupakan satu penghinaan.

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kalimah Allah SWT merupakan kalimah yang suci dan dipandang tinggi oleh umat Islam.

Maka tindakan meletakkan kalimah Allah SWT pada stoking adalah satu penghinaan dan memaklumkan isu berkenaan tidak boleh dipandang remeh walaupun ada pihak yang mengatakan tidak perlu terlalu sensitif dalam menangani hal berkenaan.

“Perkara sensitif melibatkan umat Islam sukar untuk dimaafkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan dan syarikat KK Super Mart serta pemborong perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Harap syarikat berkenaan tak ulang lagi kesilapan sama di masa akan datang

Beliau dalam masa sama turut berharap permohonan maaf dari syarikat terbabit akan menjadi pengajaran agar mereka tidak melakukannya lagi di masa akan datang.

Selain itu beliau juga berharap semua syarikat memastikan terlebih dahulu sebelum bertindak mengimport atau menjual sesuatu barangan di Malaysia.

“Kita harap bukan syarikat ini sahaja untuk tidak mengambil remeh, bahkan mana-mana pihak perlu pastikan terlebih dahulu barang yang ingin diimport dan dijual dinegara ini,” jelasnya.

Arah JAKIM buat siasatan lanjut

Katanya lagi, beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil syarikat serbaneka tersebut untuk berbincang bagi memastikan ia tak berlaku lagi.

Selain itu, Mohd Na’im turut meminta agar umat Islam bawa bertenang serta menyerahkan pihak bertanggungjawab untuk menjalankan siasata selanjutnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.