fbpx
Now Reading
Stoking Kalimah Allah: Pengasas KK Mart Didakwa, Hadapi Tuduhan Lukakan Perasaan Umat Islam

Stoking Kalimah Allah: Pengasas KK Mart Didakwa, Hadapi Tuduhan Lukakan Perasaan Umat Islam

Pengasas KK Mart, KK Chai atau nama penuhnya Chai Kee Kan dan isterinya Siew Mui mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua minggu lalu, tular di media sosial berhubung isu kedai serbaneka, KK Super Mart di cawangan Bandar Sunway menjual stoking tertera kalimah Allah SWT.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf, siasatan berhubung isu berkenaan tetap diteruskan pihak berkuasa selepas mendapat gesaan daripada banyak pihak.

Baca artikel berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah, KK Mart Saman Syarikat Pembekal Lebih RM32 Juta

Baca artikel berkaitan: Isu Stoking Tertera Kalimah Allah: JAKIM Bagi Amaran Keras Pada KK Mart

Pengasas KK Mart dan isteri didakwa lukakan perasaan umat Islam

Terbaharu, Pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd iaitu Datuk Seri Dr Chai Kee Kan bersama isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui telah didakwa di Mahkamah Sesyen disebabkan melukakan perasaan umat Islam berhubung isu berkenaan.

Pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) yang juga dibaca bersama Seksyen 298 KK yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Mengaku tak bersalah, tertuduh didakwa sengaja lukakan perasaan umat Islam

Sebaik pertuduhan dikemukan di hadapan Hakim, Mihammad Anas Mahadzir pasangan Kee Kan yang berusia 57 tahun dan Siew Mui berumur 53 tahun mengaku tidak bersalah.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat kedai serbanerka berkenaan berniat dengan sengaja melukakan perasaan penganut agama Islam dengan meletakkan stoking tertera kalimah Allah di bahagian pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki yang berumur 32 tahun, lapor Berita Harian.

Kesemua yang dituduh telah didakwa pada hari yang sama sudah bersubahat dalam melakukan perkara itu di mana kesalahan berkenaan dilakukan kedai serbaneka syarikat itu di cawangan Bandar Sunway.

[Info lanjut menyusul]
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.