fbpx

Dr MAZA Jawab Soalan Sama Ada Malam Lailatul Qadar Berlaku Serentak Seluruh Dunia

Jelas Dr MAZA, masa adalah sesuatu yang relatif yang diwujudkan oleh Allah SWT dan sudah pastinya Sang Pencipta tidak terikat dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramadan mempunyai satu malam iaitu malam Lailatul Qadar yang sangat bermakna dan kemuliannya lebih baik daripada seribu bulan.

Ada juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.-

Namun untuk berlakunya malam Lailatul Qadar itu, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui bila masanya dan kepada siapa dalam kalangan hamba-hambaNya yang dikehendaki.

Surah al-Qadr ayat 1 sehingga 3 turut menyebut:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda: Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Baik Dari 1,000 Malam” – Kelebihan Malam Lailatul Qadar Menurut Islam & Tanda-tandanya

Sumber: Pexels

Adakah Malam Lailatul Qadar Berlaku Dalam Tempoh Sama Di Seluruh Dunia?

Menerusi video perkongsian dimuat naik semula di laman TikTok (@muhdfadhli94), Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau juga dikenali sebagai Dr MAZA tampil memberi penjelasan selepas menerima satu pertanyaan daripada orang ramai berkaitan malam Lailatul Qadar.

Soalan itu berbunyi, ‘Adakah malam Lailatul Qadar terjadi serentak di seluruh dunia sedangkan waktu malamnya tidak sama?’.

Jelas Dr MAZA, masa adalah sesuatu yang relatif yang diwujudkan oleh Allah SWT dan sudah pastinya Sang Pencipta tidak terikat dengannya.

Kita mungkin terfikir bila masa Malaikat Jibril nak naik dan turun. Masa ni dia tak macam tu. Allah SWT adalah pencipta masa dan tidak terikat dengan ciptaannya. Sebab itu wujudnya nama Al-Awal dan Wal-Akhir.

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Gambar sekadar hiasan.

Dalam penjelasan itu juga diterangkan bahawa masa adalah makhluk Allah SWT dan ia boleh dipanjang atau dipendekkan mengikut kemahuan pencipta-Nya.

Jika dibandingkan tempoh masa di sisi manusia dan juga Malaikat Jibril, ia tidak sama kerana Bumi mengikut putara waktu berdasarkan Matahari.

Namun, Matahari itu hanyalah sekadar ‘bulatan’ yang kecil jika dibandingkan dengan perkara lain di seluruh alam semesta.

Mungkin pernah ada yang tertanya-tanya macam mana Nabi Muhammad boleh tengok orang kena azab di neraka sedangkan belum kiamat lagi? Ingat, Allah SWT adalah pemilik masa yang boleh meletakkan seseorang pada masa hadapan dan masa lalu.

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Kata Dr MAZA, tempoh waktu turunnya Lailatul Qadar itu jika mengikut manusia, ia berlaku pada waktu malam atau awal pagi tetapi tiada istilah malam atau siang untuk Malaikat Jibril.

@muhdfadhli94

Adakah malam lailatul qadar terjadi serentak seluruh dunia sedangkan malamnya tak sama

♬ bunyi asal – EKO – EKO

Cara Untuk Mengejar Malam Lailatul Qadar

Sebelum ini, pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal pernah berkongsi beberapa cara bagi mereka yang mahu mengejar malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan.

Antaranya:

  • Jangan tinggal solat sunat Tarawih.
  • Perbanyakkan selawat.
  • Berdoa dengan memulakannya dengan bacaan selawat dan memuji Allah SWT.
  • Meminta keampunan untuk semua umat Islam.
  • Meminta agar diberikan syurga Firdaus.

Dalam masa sama, Ustaz Don turut menasihatkan orang ramai bahawa tiada istilah terlambat sebaliknya semua masih mempunyai peluang untuk mengejar malam Lailatul Qadar.

Sumber: Pexels

Sepanjang anda mencari malam penuh keberkatan ini, ambillah peluang tersebut untuk berdoa seperti berikut:

  • Dimurahkan rezeki.
  • Diberikan sakinah (ketenangan) dalam keluarga.
  • Semoga anak-anak dipelihara oleh Allah SWT.
  • Meminta untuk diberkati segala rezeki.
  • Dijauhkan daripada musibah, bala, bencana, serta penyakit.
  • Memohon agar dimatikan dalam Husnol Khotimah.
  • Memohon agar mati dijauhkan daripada fitnah.
  • Memohon agar dapat mengucap syahadah ‘Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah…’.
  • Meminta agar mati ketika sedang beribadah.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa diri sendiri.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa ibu bapa.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa pasangan.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa anak-anak.

Semoga kita semua diberi rezek untuk berjumpa dengan malam Lailatul Qadar. Selamat beramal.  🙂

Baca Artikel Berkaitan: Ingin Kejar Malam Lailatul Qadar? Ini Antara Doa-doa Yang Boleh Dibaca Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ustaz Don Kongsi Tips Pecutan Malam Lailatul Qadar Untuk Yang Baru Nak Mula

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Layak Ke Pendosa Jumpa Lailatul Qadar? Ini Jawapan Ustaz Don Daniyal Yang Harus Anda Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.