fbpx
Now Reading
“Jangan Kacau Kami” – Fadhlina Sidek Mohon Beri Ruang Laksana Minggu Solidariti Palestin

“Jangan Kacau Kami” – Fadhlina Sidek Mohon Beri Ruang Laksana Minggu Solidariti Palestin

Untuk info, KPM telah melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November 2023 melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik di antara Israel dan Palestin hingga ke hari ini masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun hampir sebulan telah berlalu.

Namun, masyarakat seluruh dunia daripada pelbagai latar belakang semakin rancak menunjukkan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam menyatakan sokongan antaranya seperti pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Mohon Beri Ruang Kepada KPM Laksana Minggu Solidariti Palestin

Terbaharu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memohon agar sesetengah pihak tidak menjadikan Minggu Solidariti Palestin sebagai satu isu dan kontroversi.

Beliau dengan nada sebak menegaskan kewajaran kerajaan melaksanakan program tersebut bertujuan untuk mendidik murid sekolah tentang erti kemanusiaan dan kedamaian.

“Ini bukan soal siapa yang ‘terpaling Palestin’ atau siapa yang tunduk kepada desakan dangkal yang memilih antara dua kemanusiaan.

“Berilah ruang kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan ini. Jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru-guru kami. Yang sana (pembangkang) atau sini (kerajaan) sama sahaja, jangan usik!

“Beri ruang kepada pendidik sebagai satu proses, fahaminya sebagai mesej yang penting untuk mendidik kemanusiaan,” kata beliau sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat dasar bagi KPM di Dewan Rakyat semalam (2 November).

KPM Ambil Semua Pandangan & Kritikan Mengenai Minggu Solidariti Palestin

Tambah beliau lagi, dia menerima kesemua pandangan dan kritikan termasuk daripada Majlis Kristian yang mencadangkan supaya minggu tersebut diisi dengan doa mengikut pegangan agama masing-masing.

“Sebab itu jangan ganggu ekosistem sekolah, sekolah ini dinamik sifatnya, ada pelbagai ras, kepercayaan dan latar belakang dan dinamika ini hanya ada pada guru untuk memastikan apa program yang sesuai.

“Jangan bising atau susah hati kalau tiada doa qunut nazilah, ada sebab kenapa ia berlangsung dalam suasana dan aktiviti yang dibenarkan bersesuaian dengan sekolah tersebut.

“Anak murid kita ini jangan pandang rendah, mereka mempunyai kewarganegaraan global merentas kurikulum, dan sebab itu, pendidikan harus bermula dengan mesej yang kuat supaya berada dalam ekosistem yang akan mempertahan dna mempersiapkan mereka dengan isu yang berputar di sekeliling mereka,” kata beliau.

Untuk info, KPM telah melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November 2023.

Pelaksanaan minggu tersebut melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Ia bertujuan untuk memupuk nilai-nilai manusiawi termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar susulan serangan dan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat di Gaza hingga mengorbankan ribuan nyawa.

Namun, beberapa wakil rakyat menyuarakan bantahan antaranya seperti sekolah perlu kekal menjadi ruang neutral bagi pembelajaran dan pemahaman.

Baca Artikel Berkaitan: Lakonan Semula Situasi Di Gaza Oleh Guru & Murid Sempena Minggu Solidariti Palestin Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Tunduk Dengan Desakan, Teruskan Saja Minggu Solidariti Di Sekolah – Dr Mohd Puad

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.