
Lakonan Semula Situasi Di Gaza Oleh Guru & Murid Sempena Minggu Solidariti Palestin Buat Ramai Sebak [Video]
Difahamkan, lakonan semula situasi yang berlaku di Palestin itu dilakonkan oleh para guru dan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang, Pasir Mas, Kelantan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, minggu ini merupakan Minggu Solidariti Palestin di sekolah di seluruh Malaysia bagi menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan sifat empat tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.
Meskipun Minggu Solidariti Palestin sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada segelintir individu dan NGO, Kementerian Pendidikan tetap kekal untuk melaksanakan program berkenaan di sekolah dengan garis panduan yang telah ditetapkan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kecam Tindakan Sekolah Buat Solidariti Terhadap Palestin Sambil Guna Senjata Mainan
Tular sekolah lakonkan semula situasi di Palestin
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah sekolah melakukan lakonan semula situasi yang dihadapi rakyat Palestin semasa diserang tentera Israel dalam program berkenaan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @wawanoryie, kelihatan beberapa orang murid dan guru melakonkan watak sebagai penduduk Palestin.
Kanak-kanak berlakon berlari dalam keadaan cedera, ada yang kaku tak bernyawa
Dalam video tersebut, kelihatan kanak-kanak tersebut berlari dalam keadaan wajah yang dipenuhi kesan luka ketika mendengar bunyi tembakan dan letupan.

Selain itu, beberapa kanak-kanak juga berada dalam keadaan kaku seolah-olah tidak lagi bernyawa sambil didukung oleh orang dewasa.
Lakonan di sekolah SK Sri Kiambang, Pasir Mas
Difahamkan, lakonan semula situasi yang berlaku di Palestin itu dilakonkan oleh para guru dan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang, Pasir Mas, Kelantan.
Dalam pada itu, pembawakan watak yang baik daripada guru dan murid di sekolah berkenaan ternyata berjaya membuatkan ramai orang berasa sebak.
@wawanoryie #tcherwinsome #jadiDiriMu #aura #fypシ #foryou #withlove #mdmwawa🌹 #saved #freepalestine🇵🇸❤️ #freepalestineforever✊🏻💔🇵🇸 #freepalestinenow🇵🇸❤️ #israelisachildkillerregime #israelisawarcriminal #bebaspalestinehancurisrael #malaysiastandwithpalestine🇲🇾🇵🇸
♬ original sound – WaWa NorYie – WaWa NorYie
Netizen pakat sebak tonton lakonan tersebut
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji pihak sekolah kerana berjaya menjayakan solidariti terhadap Palestin bersama-sama para pelajar.
Tidak hanya itu, mereka juga mengakui berasa sebak malah ada yang mengalirkan air mata semasa melihat video terbabit kerana membayangkan nasib para penduduk di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.



BACA ARTIKEL BERKAITAN: