fbpx
Now Reading
Jangan Tunduk Dengan Desakan, Teruskan Saja Minggu Solidariti Di Sekolah – Dr Mohd Puad

Jangan Tunduk Dengan Desakan, Teruskan Saja Minggu Solidariti Di Sekolah – Dr Mohd Puad

Selain Dr Mohd Puad, Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menggesa orang ramai untuk menghentikan polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah oleh KPM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila segelintir pihak dan NGO menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membatalkan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Ia berikutan tular beberapa gambar dan video yang menjadi bualan ramai semasa latihan program tersebut yang diadakan di sekolah melibatkan para murid.

KPM jangan tunduk dengan desakan batalkan Minggu Solidariti Palestin

Pun begitu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta agar KPM tidak tunduk dengan desakan untuk membatalkan program tersebut yang bermula hari ini (30 Oktober) sehingga Jumaat depan (3 November).

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya, Dr Mohd Puad berkata KPM tidak wajar tunduk pada desakan berkenaan di saat seluruh dunia mengecam kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kerana nila setitik ada pihak dan individu ambil kesempatan desak KPM batalkan minggu ‘Solidariti Palestin’ yang bermula hari ini. KPM tidak wajar tunduk kepada desakan itu.

“Ternyata insiden pelajar sekolah bawa senjata mainan dianjurkan di luar tempoh pelaksanaan minggu ‘Solidariti Palestin’ (29 Oktober-3 November) dan tidak patuh garis panduan ditetapkan.

“Di saat seluruh negara dan dunia mengecam kekejaman Israel maka tidak ada sebab semua peringkat rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Palestin yang juga ternafi hak pendidikan berkualiti,” katanya.

ABIM gesa orang ramai hentikan polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin

Selain Dr Mohd Puad, Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menggesa orang ramai untuk menghentikan polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah oleh KPM.

Naib Presidennya, Zairudin Hashim berkata, penganjuran Minggu Solidariti Palestin itu penting untuk memastikan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan keramah insaniah.

Malah, katanya ABIM mendapati panduan program penganjurannya dijelaskan secara terperinci menerusi pekeliling bertarikh 21 Oktober lalu.

Jelasnya lagi, KPM turut menegaskan program berkenaan adalah sebahagian daripada pendidikan kewarganegaraan global yang dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

“Menerusi konteks konflik Israel-Palestin, ABIM menggariskan, pendidikan memainkan peranan penting bagi memastikan murid memahami isu terbabit secara betul dan selari pandangan kerajaan, selain mengelak naratif salah daripada media sosial.

“Krisis kemanusiaan di Palestin memerlukan seluruh lapisan masyarakat bersama menyuarakan sokongan kepada kerajaan di atas ketegasan untuk menolak keganasan yang mengorbankan ribuan nyawa orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak,” katanya dipetik Berita Harian.

Tular video dan gambar semasa latihan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang memaparkan guru serta murid-murid memegang senjata mainan semasa melakukan persiapan bagi program Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Perkara itu menyebabkan beberapa pihak termasuk Kumpulan Ibu Bapa Bertindak untuk Pendidikan (PAGE) menggesa KPM mengkaji semula kesusian program terbabit di sekolah.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah perlu dikawal bagi mengelak sebarang isu tercetus.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.