fbpx
Now Reading
“Dah Macam RM200,000” – Kecantikan Tandas Sekolah Dengan Kos Ubah Suai RM70,000 Raih Pujian Ramai [Video]

“Dah Macam RM200,000” – Kecantikan Tandas Sekolah Dengan Kos Ubah Suai RM70,000 Raih Pujian Ramai [Video]

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @fendy.daud4, kelihatan beberapa kemudahan seperti meja dan kerusi untuk bersiap turut disediakan di tandas tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Julai yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pengagihan peruntukan sebanyak RM70,000 khusus untuk setiap sekolah bagi melakukan penyelenggaraan tandas murid demi keselesaan dan keselamatan pelajar.

Ia merupakan inisiatif kerajaan bagi penyelenggaraan tandas di sekolah dan institusi di bawah KPM yang berjumlah RM578.02 juta

Institusi pendidikan yang menerima peruntukan tersebut diberi tempoh tiga bulan bermula Julai hingga Oktober 2023 bagi menaik taraf dan menyelenggara kemudahan berkenaan.

Tandas Murid Alami Perubahan 360 Darjah

Terbaharu, tular di TikTok video sebuah tandas sekolah yang telah diubah suai menggunakan peruntukan yang diberikan oleh KPM.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @fendy.daud4, dia menunjukkan persekitaran tandas murid Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja Gerik, Perak setelah kerja menaik taraf tandas tersebut selesai dilakukan.

Apa yang menarik perhatian adalah hasilnya yang mengagumkan. Video yang telah mendapat tontonan lebih 1 juta itu menunjukkan tandas murid berkenaan berubah sepenuhnya dan kelihatan cantik dengan hiasan dalaman menggunakan gaya moden.

Malah, kelihatan beberapa kemudahan seperti meja dan kerusi untuk bersiap turut disediakan di tandas tersebut.

Menerusi video berasingan yang dikongsikan oleh Fendy, dia turut berkongsi tandas lain di sekolah berkenaan yang turut diubah suai dengan reka bentuk yang berbeza.

“Alhamdulilah, syukur. Moga bermanfaat,” tulisnya di kapsyen.

Video Raih Pujian Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan tandas sekolah yang nyata berbeza dengan sebelumnya hingga ada yang tidak percaya kos pengubahsuaian fasiliti tersebut hanya menelan belanja sebanyak RM70,000.

Malah, ada segelintir warganet yang memuji kepimpinan kerajaan pada masa kini yang menyediakan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan tandas.

Berikut antara komen warganet:

Tandas 70K Yang Paling Cantik Bagi Saya

Betul Ke RM70K? Macam RM200K, Cantik Sangat

Semoga Pihak Sekolah Pantau Kebersihan Tandas Sekolah Ini

Dulu Paling Takut Nak Pergi Tandas, Ini Kalau Macam Ni, Mahu Lepak Lama-Lama

Kalau Macam Ni, Saya Sanggup Sakit Perut Tengah Malam Kayuh Basikal Pergi Sekolah

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.