“Nasib Baik Ayah Glamour”- Shahrol Shiro Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain Buat Ramai Terhibur [Video]
Anak Shahrol, Rizqi berasa pelik apabila melihat keadaan padang di sekolah berkenaan dan merasakan ia tidak sama sebelum memaklum kepada guru bahawa dia sudah tersalah sekolah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak 10 dan 11 Mac lalu semua ibu bapa sibuk menghantar anak mereka ke sekolah memandangkan sesi persekolahan 2024 telah bermula.
Malah apabila tibanya sesi persekolahan baru pelbagai gelagat pelajar serta ibu bapa yang dapat dilihat khususnya bagi yang baru menjejakkan kaki ke tahun satu.
Maklumlah apabila ke sekolah baru dan berjumpa dengan rakan serta guru yang baharu ada yang sedikit kekok dan takut. Manakala para ibu bapa pula ada yang terlalu excited dan ada juga terlalu risau memikirkan anak, jadi pelbagai ragam yang dapat dilihat.
Shahrol Shiro tersalah hantar anak darjah satu ke sekolah lain
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro yang tersalah menghantar anaknya ke sekolah lain.
Menerusi video tersebut, Shahrol memaklumkan dia telah menerima panggilan daripada seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu di Johor Bahru selepas menghantar anaknya ke sekolah itu pada suatu pagi.
Cikgu call minta datang sekolah sebelum dimaklumkan salah hantar
Cikgu itu kemudian meminta Shahrol untuk hadir ke sekolah kerana ada perkara yang ingin dibicarakan tentang anak lelakinya yang dikenali sebagai Rizqi.
Mungkin bimbang sebaik menerima panggilan itu, dia kemudian bertanya adakah anak lelakinya itu ada membuat apa-apa kesalahan. Namun guru itu menjawab Rizqi tidak membuat sebarang kesalahan sebaliknya Shahrol yang bersalah. Ini kerana, Shahrol yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah tersilap menghantar anak ke sekolah lain.
“Awak salah hantar anak awak ke sekolah. Ini bukan sekolah anak awak,” ujarnya.
Shahrol segera ke sekolah, isteri sebelum ini maklumkan nak masukkan anak ke sekolah berkenaan
Shahrol kemudian bergegas ke sekolah, dan sampai sahaja di pejabat kelihatan Rizqi sudah menuggu bapanya bersama beberapa guru dan kakitangan lain. Sharul dalam masa sama turut menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia menghantar anaknya ke sekolah tersebut.
“Yang uruskan dua hari tu mak dia, ini hari yang ke-2 saya nak hantar. Dalam otak saya, orang rumah (isteri) selalu cakap kita hantar di SK Kampung Melayu. Kata otak saya ni di sekolah Kampung Melayu.
“Kata orang rumah saya tadi hantar anak dekat mana? Saya kata Sekolah Kampung Melayu lah.
“Dia (Rizqi) Sekolah Tunku Mahmood (jawab si isteri),” cerita Shahrol kepada guru berkenaan. Turut kedengaran para guru tertawa kerana terhibur dengan insiden itu.
Mohon maaf dan akui kesilapan pada anak
Shahrol turut memohon maaf kepada Rizqi dan mengakui itu adalah silapnya. Sampai di dalam kereta Shahrol bertanya mengapa Rizqi itu tidak memaklumkan itu bukan sekolahnya.
“Sebab Iqi (Rizqi) tak nampak, jadi Iqi macam yelah ni sekolah Iqi. Yelah-yelah masuk jelah,” kata si kecil yang baru sahaja masuk ke tahun 1.
Anak perasan padang tak sama sebelum sedar salah sekolah
Ujar Shahrol lagi sebelum Rizqi menyedari dia tersalah sekolah, kanak-kanak itu sempat masuk ke kelas dan mula berasa pelik apabila melihat keadaan padang sekolah tidak sama seperti yang pernah dilihatnnya sebelum ini.
Dia lalu memaklumkan kepada guru bahawa sudah tersalah sekolah. Seraya guru itu melihat namanya ternyata benar dia bukan pelajar sekolah berkenaan.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan insidden tersebut malah ada juga yang menyatakan jarak antara SK Kampung Melayu dengan SK Tunku Manmood sangat jauh.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan situasi yang sama.
“Suami saya pun pernah.. anak lengkap berbaju melayu tapi dia pergi hantar sekolah kebangsaan”
“Nasib baik ayah glamour”