fbpx
Now Reading
Berjaya Dapat Dana & Penaja, Cikgu Ubah Bilik Darjah Suram Jadi Cantik Siap Ada TV Dan Aircond [Video]

Berjaya Dapat Dana & Penaja, Cikgu Ubah Bilik Darjah Suram Jadi Cantik Siap Ada TV Dan Aircond [Video]

Menurut cikgu Yuslan, sebelum ianya berubah menjadi ‘smart classroom’ kelas berkenaan kelihatan suram dan penuh dengan anai-anai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seseorang yang bergelar pendidik bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Ini kerana, mereka diberikan tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik anak bangsa yang bakal memimpin negara suatu hari nanti.

Oleh itu, pastinya mereka yang bergelar guru ini ingin memberikan usaha yang maksima untuk mendidik anak murid serta memastikan mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif.

Guru cari penaja untuk hias bilik darjah demi keselesaan murid

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang guru lelaki di Sekolah Kebangsaan Kampung Si Rusa (SKKBSR), Port Dickson, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Yuslan Ibrahim apabila dia sanggup mencari dana dan penaja swasta demi anak muridnya.

Menerusi video yang tular di TikTok, Yuslan memaklumkan dia sanggup mencari penaja dari luar untuk menghias bilik darjah supaya anak murid dapat belajar dalam suasana yang tenang dan selesa.

Siap ada penghawa dingin, sofa dan televisyen untuk kemudahan murid

Malah apa yang lebih menarik, kelas yang dihias oleh cikgu Yuslan tidak hanya kemas tetapi ia lengkap dengan televisyen, sofa, penghawa dingin serta banyak lagi meskipun mengakui ia bukanlah satu proses yang mudah.

“Saya tak habiskan RM2,000 duit bonus untuk hias kelas saya, tetapi saya cari dana dan penaja swasta untuk dapatkan smart TV, penghawa dingin, kipas, meja dan sebagainya untuk anak murid saya.

“Tidaklah senang prosesnya namun rezeki dah tertulis anak murid saya dapat gunakan smart TV dan bilik yang sangat selesa,” ujarnya dalam video tersebut.

Katanya dia telah mengubah susun atur kelas tersebut agar ia kelihatan lebih kemas dan moden sehingga ia menjadi ‘smart classroom’. Manakala dekorasi yang tidak praktikal dibuangnya.

Pelajar gembira sewaktu proses pembelajaran

Bukan hanya itu, dapat dilihat pelajar guru ini kelihatan gembira apabila tiba waktu pembelajaran. Malah guru itu turut menggunakan televisyen dalam kelas tersebut sebagai bahan mengajar untuk menarik minat anak muridnya.

“Punyalah seronok anak-anak dapat belajar dengan selesa dan ada kemudahan lengkap apatah lagi dengan adanya Smart TV tak berkelip mata mereka.”

Dalam video sama, guru itu turut menunjukkan keadaan sebelum bilik darjah itu diubah suai di mana ia kelihatan suram dan tidak berseri untuk murid-murid.

“Maaf saya tak habiskan duit bonus untuk keceriaan kelas dan saya tak viral, ini secebis kisah cikgu yang sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak murid mereka,” katanya lagi di ruang kapsyen.

@yuslanibr

Maaf saya tak habiskan duit bonus untuk keceriaan kelas dan saya tak viral, ini secebis kisah cikgu yang membuat apa sahaja untuk anak-anak murid mereka.. T AEON Smartclasroomfypシ゚viral #cikgu #dekokelas #smartclassroom #fypシ゚viral #aeonsmartclass

♬ Hasrat (OST Imaginur) – Amir Jahari

Peruntukan dari Yayasan Aeon Malaysia (MAF)

Menerusi carian kami mendapati antara pihak yang berbesar hati memberi peruntukan bagi projek Smart Classroom tersebut adalah Aeon Malaysia menerusi Yayasan Aeon Malaysia (MAF).

Memetik Harian Metro, idea itu direaliasikan selepas Yuslan berkongsikan perkara itu kepada Guru Besar SKKBSR Mustaza Shapiai. Mustaza kemudian memaklumkan inisiatif murni yang ditawarkan perusahaan berkenaan.

Optimis dengan peluang yang ada, Yuslan lantas menyiapkan semua kertas kerja yang diperlukan bagi mendapatkan penajaan itu.

Namun kami tiada maklumat lanjut adakah kesemua barangan yang terdapat di dalam kelas tersebut adalah hasil penajaan MAF.

Selain SKKBSR, beberapa sekolah lain turut menerima peruntukan tersebut sejajar dengan hasrat Aeon Malaysia untuk merealisasikan projek Smart Classroom di sekolah yang memerlukan.

Semua ini bertujuan untuk memberikan para pelajar suasana pembelajaran yang terkini dan berkualiti.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Aeon Malaysia pula, projek Smart Clasroom yang diadakan oleh MAF ini turut mendapat kolabrasi Yayasan Didik Negara (YDN) iaitu sebuah yayasan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ramai puji usaha guru kerana beri keselesaan pada murid

Mengintai di ruangan komen, ramai yang memuji usaha guru ini dan menyifatkan keadaan bilik darjah itu seperti sekolah swasta.

Guru itu turut berkongsi beberapa lagi video make over di sekolah yang dilakukannya bersama rakan setugas.

Untuk makluman bilik darjah itu sudah mula diubah suai sejak tahun 2023 dan sebelum ini ia merupakan kelas yang penuh dengan anai-anai.

“Cikgu, jika peluang kamu bertugas di Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) nanti usahakan seluruh sekolah bagi selesa.”

“Bagus macam ni, tak ada lah bazir duit buat langsir rambu ramba pastu wallpaper la pastu mural la, serabut”

“Cikgu macam ni yang patut Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) jaga”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.