fbpx
Now Reading
KPM Sedang Siasat Dakwaan Kertas Soalan Sejarah SPM Bocor -Fadhlina

KPM Sedang Siasat Dakwaan Kertas Soalan Sejarah SPM Bocor -Fadhlina

Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat dakwaan berlakunya kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar.

“Namun, KPM mempunyai integriti cukup tinggi dalam mengawal ketat peperiksaan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.”

Harap pelajar sedang ambil SPM tidak terganggu

Fadhlina bagaimanapun berharap pelajar yang sedang menduduki peperiksaan penting itu tidak akan terganggu dengan dakwaan tersebut sebaliknya terus memberikan fokus pada kertas peperiksaan yang lain.

Jelasnya prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai ketika ini sudah memadai bagi mengelak berlakunya kebocoran kertas peperiksaan.

“Apa sahaja dakwaan, KPM akan siasat dan pada masa sama, saya minta anak-anak tidak diganggu dengan berita ini. Bagi mereka ruang fokus dengan kertas peperiksaan yang sedang mereka hadapi.

“Kami akan siasat secara terperinci dan mengambil penuh tanggungjawab ini,” katanya dipetik Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.