fbpx
Now Reading
Kes Cashier Hamil Ditumbuk, Polis Tunggu Arahan Timbalan Pendakwa Raya

Kes Cashier Hamil Ditumbuk, Polis Tunggu Arahan Timbalan Pendakwa Raya

Menurut ACP Raub Selamat, untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan perlulah mendapat arahan menyiasat dari TPR dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini hangat kisah seorang juruwang hamil di sebuah pasar raya di Southkey, Johor Bahru yang mengalami kecederaan di bahagian muka selepas ditumbuk oleh seorang pelanggan wanita pada Sabtu (9 Mac) petang.

Dalam klip CCTV tular, mangsa difahamkan sedang menguruskan pembelian pelanggan berkenaan sebelum dia secara tiba-tiba ditumbuk oleh suspek sebaik pelaku membuat pembayaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat, punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana terpaksa menunggu masa yang agak lama bagi membatalkan pembelian satu barang yang telah dibelinya.

Tindakan suspek membuatkan rata-rata netizen berang dan mahukan dia dikenakan hukuman setimpal.

Sehubungan itu polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan.

Siasatan perlu dapat arahan DPP dahulu

Terbaharu, Raub Selamat memaklumkan pihak polis masih menunggu arahan dari timbalan pendakwa raya (TPR) untuk meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan.

Jelas beliau, untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan perlulah mendapat arahan menyiasat dari DPP dahulu.

“Itu adalah undang-undang, penahanan bagi siasatan bawah seksyen terbabit perlu mendapat arahan menyiasat dari TPR terlebih dahulu.

“Semasa membuat laporan polis, mangsa menerangkan pembatalan barang pembelian perlu menunggu sebentar kerana ‘item’ sudah masuk ke dalam sistem dan perlukan pengesahan penyelia sebelum pembatalan pembelian terbabit,” kata Raub dipetik Harian Metro.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.