fbpx
Now Reading
“Tak Tahu Apa Salah Aku..” -Pelanggan Tumbuk Cashier Hamil Hingga Bengkak Muka [Video]

“Tak Tahu Apa Salah Aku..” -Pelanggan Tumbuk Cashier Hamil Hingga Bengkak Muka [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lama untuk membatalkan pembelian satu barang yang sudah dibelinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konsep ‘Customer is always right’ cukup popular di dalam dunia perniagaan.

Mula diperkenalkan oleh Harry Gordon Selfridge pada tahun 1909, ia kemudian mula menjadi standard praktis peniaga di seluruh dunia dalam meyakinkan pelanggan bahawa perusahaan itu akan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka.

Namun sayangnya, istilah ini sering disalah gunakan oleh pelanggan hingga memberikan kesan yang tidak baik kepada peniaga dan pekerja atau lebih teruk lagi hingga mengakibatkan kecederaan.

Cashier ditumbuk ketika pelanggan membuat pembayaran

Itu yang berlaku kepada seorang juruwang hamil di sebuah pasar raya di Southkey, Johor Bahru apabila mengalami kecederaan di bahagian muka selepas ditumbuk oleh seorang pelanggan wanita pada Sabtu, 9 Mac yang lalu.

Menerusi video yang dikongsikan mangsa, Zuriani Mahmood di Facebook, insiden tersebut berlaku sewaktu pelanggan berkenaan sedang berurusan dengannya di kaunter.

Pelanggan nak pulangkan satu barang

Menurut Zuriani, insiden tercetus apabila pelanggan terbabit mahu memulangkan satu barang yang dibelinya. Namun memandangkan pembelian sudah masuk ke dalam sistem, dia meminta pelanggan wanita untuk menunggu terlebih dahulu.

Mungin tidak berpuas hati, si pelanggan kemudian bertindak menumbuk mukanya sebaik melakukan pembayaran.

Perbuatan tersebut turut disaksikan seorang lelaki dipercayai suaminya yang kebetulan baru masuk ke premis berkenaan.

Sudah buat laporan polis

Tambah wanita hamil berusia 25 tahun itu lagi, dia tidak akan memaafkan perbuatan pelaku. Bahkan dia juga sudah membuat satu laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Report dah dibuat, tunggu tindakan dari polis je. Maruah aku tercalar ya sebagai seorang cashier bila pelanggan buat macam ini depan ramai orang. Sedangkan itu salah (dia) sendiri.

“Kalau setakat gaduh mulut, boleh terima lagi. Tapi kau siapa untuk naik tangan dekat muka aku!!! Aku sertakan gambar dan CCTV insiden.

“Aku tak tahu apa salah aku sedangkan aku dah terangkan, tapi tiba-tiba kau melenting. Aku memang takkan maafkan orang macam ini ya! Aku tengah mengandung, kau sentuh-sentuh aku. Aku takkan tarik report ya, aku sumpah kau.”

Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsi salinan laporan yang telah dilakukannya di Balai Polis Majidee, Johor Bahru.

Dakwa cedera di muka

Menerusi salinan laporan berkenaan, wanita hamil itu mendakwa tindakan pelaku menyebabkan dia mengalami bengkak di bahagian bawah mata kiri.

Suspek tidak puas hati kena tunggu lama

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan insiden tersebut.

Siasatan awal pihaknya mendapati insiden berlaku sekitar jam 3.17 petang, 9 Mac 2024.

Tambah beliau, punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana terpaksa menunggu masa yang agak lama bagi membatalkan pembelian satu barang yang telah dibelinya,

Polis turut mengesahkan bahawa suspek sudah membuat laporan polis pada Ahad (10 Mac 2024).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian bolehlah menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182323.

Dakwa pelaku buat laporan polis nafi tumbuknya

Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik sebentar tadi, juruwang itu turut mendakwa pelaku juga telah membuat satu laporan polis.

Namun dakwanya, laporan tersebut dilakukan oleh si pelaku bagi menafikan dakwaan yang dia ada menumbuknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.