Akibat Bigo Live, Natasha Menganggur Selama Enam Bulan

Gara-gara video seksi di aplikasi Bigo Live bersama Fathia Latiff, pelakon baharu Natasha Elyzza mengakui dia kini menganggur lebih enam bulan.

Natasha, 24, berkata, namanya sering kali digugurkan oleh pihak produksi selepas ditolak oleh beberapa stesen televisyen.

“Saya sudah lebih enam bulan tiada kerja dan tidak buat apa-apa, saya ada dapat tawaran berlakon daripada beberapa produksi tapi nama saya digugurkan.

“Mereka beri alasan nama saya tidak lepas ke stesen televisyen, ia mungkin disababkan kontroversi tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu bersama aktres terkenal Fathia Latiff menjadi perhatian apabila video Bigo Live mereka tersebar di internet pada September tahun lalu.

Fathia Latiff mengaku dia adalah wanita yang berpakaian seksi dan menari bersama pelakon Natasha Elyzza dalam video Bigo Live yang menjadi bualan hangat di laman sosial.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 31, turut memohon maaf dengan sengaja menunjukkan contoh yang tidak baik menerusi laman sosial berkenaan.

Sementara itu, Natasha berkata, dia sudah menyesal dan menerima pengajaran terhadap perkara yang berlaku.

Dia berharap, diberi peluang kedua untuk kembali berlakon dalam drama-drama tempatan.

“Saya rindu sangat nak berlakon kembali, bukan saya tidak boleh kerja lain tapi minat saya kepada bidang lakonan sangat kuat.

“Saya benar-benar berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi peluang kepada saya untuk kembali seperti dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan Fathia, Natasha berkata, mereka rengang selepas kontroversi berkenaan.

“Kami tak bergaduh, cuma masing-masing buat hal sendiri lepas perkara itu menjadi kontroversi. Saya faham dia pun melalui fasa yang sukar selepas perkara itu berlaku,” ujarnya.

Sumber  : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago