18 Tahun Datuk K Tunggu Nak Timang Anak Perempuan

Siapa sangka, kelahiran Siti Aafiyah turut menamatkan penantian 18 tahun Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Suami kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini mendedahkan impiannya sejak sekian lama adalah memiliki anak perempuan.

“Alhamdulillah, selepas sekian lama, doa saya juga telah dimakbulkan ALLAH SWT.

“Jika Siti 11 tahun, saya pula hampir 18 tahun berdoa supaya dikurniakan zuriat perempuan,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya.

Dek penantian itu, Khalid juga sudah lama menyediakan sebuah bilik khas untuk anak perempuannya di kediamannya di Bukit Antarabangsa.

“Selepas rumah ini siap, semua anak saya dapat satu bilik.

“Ada satu bilik kosong dan saya sediakannya untuk baby girl. Jadi, barulah sekarang bilik itu dapat diguna (ketawa),” katanya.

Pada masa sama, tokoh korporat berusia 59 tahun ini mengakui perasaannya bercampur baur apabila melihat isterinya bergelar ibu.

“Perasaan saya bercampur-campur. Ada sedih, gembira, bersyukur, semuanyalah.

“Tapi, saya happy sangat melihat Siti yang sekian lama ingin menjadi ibu.

“Saya harap Siti Aafiyah akan membesar menjadi anak yang solehah,” katanya.

Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55 kilogram (kg) secara pembedahan, kira-kira jam 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta pada 19 Mac lalu.

Khalid juga sudah pun memiliki empat anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber : Sinar Harian

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

22 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

23 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago