“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Sebelum ini, tular di media sosial pendedahan seorang pengguna media sosial yang mendakwa terdapat seorang guru lelaki telah melakukan gangguan seksual terhadap pelajar wanita bawah umur di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, Kelantan sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, guru terbabit yang dituduh melakukan pedofilia telah membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya telah difitnah.

Polis kemudiannya mengesahkan sudah memanggil 14 individu untuk diambil keterangan berhubung kes tersebut.

Kes diklasifikasi sebagai fitnah, tiada bukti kukuh

Terbaharu, pihak polis pada semalam (29 April) mengesahkan kes pedofilia guru MRSM itu diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemukan sebarang bukti kukuh berhubung perkara itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan terhadap kes terbabit telah selesai selepas mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak terlibat.

Polis buka siasatan ke atas penulisan yang dibuat penulis

Menurutnya, polis kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi siasatan ke atas penulisan.

“Hasil siasatan mendapati tidak ada bukti kukuh menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan tidak wujud pedofilia terhadap mangsa.

“Guru yang didakwa itu juga mempunyai sikap dan kriteria yang baik, namun kita menunggu laporan perubatan ke atas wanita tersebut,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurutnya lagi, pihak polis juga masih menyiasat sama ada penulisan itu dibuat kerana dendam atau ingin memfitnah semata-mata.

Kes guru dituduh pedofilia dapat perhatian MARA, digantung tugas untuk siasatan

Terdahulu, kes tular berhubung tuduhan kepada guru berkenaan turut mendapat perhatian pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan pendidik itu digantung tugas buat sementara waktu.

Asyraf mengarahkan siasatan segera dan menyeluruh dibuat oleh satu pasukan penyiasat dari ibu pejabat berhubung dakwaan terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Guru MRSM Tumpat Dituduh Pedofil Buat Laporan Polis, Dakwa Diri Difitnah Bekas Pelajar

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

6 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

7 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

7 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

8 hours ago