Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak ditahan, sebaliknya hanya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini (30 April).

Pengendali akaun Facebook rasmi Mohd Shukri mengesahkan tentang perkara itu menerusi satu hantaran yang dibuat sebentar tadi.

“MB (Menteri Besar) tidak direman. Telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan,” katanya.

MB Perlis dituduh ditahan oleh SPRM

Hantaran itu dimuat naik selepas media melaporkan MB Perlis itu telah ditahan oleh SPRM.

Menurut laporan itu, penahanan Mohd Shukri dibuat selepas beliau diminta hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai siasatan yang sedang berlangsung terhadap anak lelakinya.

Pengarah Kanan BOK SPRM Putrajaya sahkan penahan MB Perlis itu

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi Berita Harian secara ringkas mengesahkan perkembangan itu, namun tidak mengulas lanjut.

Menurut BH yang memetik sumber, Mohd Shukri dipanggil untuk membantu siasatan kerana dipercayai terbabit salah guna kuasa dalam pentadbiran negeri itu semenjak PN menang mengambil alih pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022 lalu.

Memetik Utusan Malaysia pula, Mohd Shukri dibenarkan pulang selepas tiga jam memberi keterangan pada agensi tersebut.

Difahamkan, beliau selesai memberi keterangan sekitar jam 1 petang.

Anak lelaki Mohd Shukri antara enam individu ditahan SPRM sebelum ini

Pada Rabu lalu (24 April), anak lelaki Mohd Shukri dilaporkan antara enam individu yang ditahan SPRM.

Anak beliau yang juga menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu dikatakan ditahan bagi siasatan kesalahan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu.

Tuntut RM600,000 tapi kerja tak pernah dilaksanakan

Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini yang dianggarkan bernilai RM600,000.

Pelaksanaan projek-projek tersebut telah menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak pernah dilaksanakan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tuntutan Palsu RM600,000, Anak Lelaki MB Antara Enam Suspek Direman SPRM

Recent Posts

  • Trending

“Cik Bob Ke ni?” – Tular Lelaki Mirip Cik B Buat Ramai Terhibur [Video]

Di dalam video terbabit, lelaki seiras Cik B itu dilihat mengenakan cermin mata berwarna putih…

22 mins ago
  • Trending

“Disiplin Tinggi” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Jepun Beratur Jalan Kaki Pergi Ke Sekolah [Video]

Jelas Shaqila lagi, murid darjah satu di negara itu juga telah pandai berdikari dan pergi…

35 mins ago
  • Trending

“Allah Sembuhkan” – Ayat Kanak-kanak Perempuan Ketika Bermain Dengan Bapa Buat Ramai Kagum [Video]

Menerus video tersebut, si kecil yang sedang bermain menjadi doktor itu turut dilihat membuat pemeriksaan…

1 hour ago
  • Trending

“Mahu Alasan Apa Lagi?” – Tular Lelaki OKU Serba Kekurangan Tunai Solat Buat Ramai Sebak [Video]

Insan itu dilihat menunaikan ibadah sama seperti yang dilakukan oleh orang-orang biasa iaitu sujud, duduk…

2 hours ago
  • Trending

“Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]

Difahamkan, motosikal yang dipercayai jenis Benelli Panarea 125 dihadiahkan oleh suaminya sempena ulang tahun kelahiran…

2 hours ago
  • Trending

Gelagat Lelaki Ajar Warga Asing Naik Basikal Buat Ramai Berdekah [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan suami Aisyah bersungguh-sungguh mengajar warga asing berkenaan cara membawa basikal.

3 hours ago