Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Umum mengetahui barangan mentah seperti minyak masak, beras, petrol, LPG serta banyak lagi merupakan antara barang-barang kawalan di negara kita.

Kawalan ini bagi mengelakkan manipulasi peniaga selain memudahkan pihak berkuasa untuk membuat pantauan.

Sekiranya terdapat pihak atau peniaga yang melakukan tindakan seperti menyimpan barangan kawalan atau meletakkan syarat tidak sepatutnya kepada pembeli untuk membeli barangan mentah, mereka boleh dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa.

KPDN Perak serbu kedai runcit kenakan syarat kepada pelanggan untuk beli minyak paket

Baru-baru ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Perak telah menyerbu sebuah premis yang dipercayai mengenakan syarat tidak sepatutnya kepada pelanggan yang ingin membeli minyak paket.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok sebelum ini Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh memaklumkan beliau telah menerima aduan di media sosial berhubung jualan bersyarat yang berlaku di Perak.

Buat penyamaran untuk beli minyak paket

Susulan itu, KPDN Perak telah turun padang dan menyamar sebagai pelanggan yang ingin membeli minyak masak paket.

Ketika membuat pembelian, pekerja kedai memaklumkan sekiranya pelanggan (pegawai yang menyamar) ingin membeli sebanyak dua paket minyak masak, dia perlu membeli barangan lain terlebih dahulu seperti roti dan sebagainya.

Pelanggan kemudian membeli roti untuk mendapatkan sebanyak dua paket minyak masak.

“Kalau mahu dua kena beli satu barang dululah? Beli apa-apalah roti arau apa-apa” tanya pelanggan berkenaan.

“Roti atau beli satu barang cincailah,” kata pekerja berkenaan.

Tindakan dikenakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961

Tidak lama kemudian, sekumpulan pasukan KPDN menyerbu premis berkenaan dan pekerja kedai tersebut menyatakan pelanggan tidak perlu membeli barangan lain sekiranya ingin beli tiga paket minyak.

Ekoran daripada kejadian itu, salah seorang pegawai kemudian berjumpa dengan seorang individu yang dipercayai empunya kedai runcit berkenaan menjelaskan tindakan dilakukan oleh pekerjanya itu adalah jualan bersyarat.

“Kita punya staf pun ada buat pembelian tadi, ini menjadi kesalahan di bawah Akta Kawalan 1961. Kita akan ambil tindakan kes ya,” kata pegawai berkenaan.

Pesan peniaga jangan kenakan jualan bersyarat kepada pengguna

Di akhir video berkenaan Fuziah turut menegaskan para peniaga telah dipesan agar tidak melakukan jualan bersyarat kerana tindakan boleh diambil.

“Kak Gee (Fuziah) nak pesan lagi, jualan bersyarat adalah kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan. Jangan main-main.

“Ini bukan perkara kecil, kalau ada buat aduan kepada kami. Tag KPDN negeri, HQ insya-Allah kita akan buatkan siasatan dan ambil tindakan.”

Sebelum ini Fuziah berkata mana-mana orang perseorangan yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala pertubuhan perbadanan pula boleh didenda maksimum RM2 juta dan bagi kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM5 juta.

Ramai mengadu ada peniaga di kawasan mereka buat tindakan yang sama

Melihat di ruangan komen, terdapat segelintir masyarakat turut mengadu terdapat beberapa premis di kawasan mereka yang melakukan tindakan sama seperti kedai runcit yang diserbu itu.

Malah ada juga yang mengatakan ada juga premis yang sukar mendapatkan bahan mentah seperti gula dan miyak.

“Kenapa boleh macam tu ya, kena beli barangan lain dulu”

“Dekat penang pun ada macam tu. Mari siasat kedai runcit Kuala Sungai Pinang Balik Pulau. Harga pun RM3 sepaket”

“Ni okay lagi lah, dekat tempat aku nak beli beras putih tempatan kena beli barang RM50 dulu baru boleh beli”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

16 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

16 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

16 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

18 hours ago