fbpx
Now Reading
Guru MRSM Tumpat Dituduh Pedofil Buat Laporan Polis, Dakwa Diri Difitnah Bekas Pelajar

Guru MRSM Tumpat Dituduh Pedofil Buat Laporan Polis, Dakwa Diri Difitnah Bekas Pelajar

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki pula memaklumkan guru terbabit ketika ini telah digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang guru lelaki di Kelantan didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap beberapa belajar perempuan bawah umur sejak beberapa tahun yang lalu.

Perkara tersebut mula tular selepas ia didedahkan oleh salah seorang wanita yang juga bekas pelajar sekolah berasarama penuh itu di akaun X miliknya pada 28 Mac lalu.

Dalam ciapannya, dia turut berkongsi beberapa bukti tangkap layar luahan pelajar wanita yang pernah diganggu guru berkenaan dan bukti perbualan mereka.

Guru dituduh Pedofile buat laporan polis, dakwa difitnah

Bagaimanapun, guru terbabit yang dituduh melakukan pedofil telah membuat laporan polis dengan mendakwa dia difitnah.

Memetik Malaysiakini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan itu dibuat oleh seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.

Menurutnya, guru berkenaan membuat aduan di Balai Polis Tumpat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Lapor New Straits Times, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kerana menggunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar untuk membuat atau menyebarkan komen dalam talian.

MARA sedang siasat, guru terbabit telah digantung tugas

Sementara itu, Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan siasatan segera dan menyeluruh dibuat oleh satu pasukan penyiasat dari ibu pejabat berhubung dakwaan terbabit.

Beliau turut memaklumkan bahawa guru terbabit ketika ini telah digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.