[VIDEO] Henry Golding Dalam Rancangan The Ellen Show

Pelakon Henry Golding mengakui teruja dan masih tidak percaya apabila menjadi tetamu kepada program temubual terkenal dunia The Ellen Show yang akan ditayangkan esok (Isnin waktu tempatan) di stesen televisyen Amerika Syarikat.

Henry, 31, dijemput pengacara terkenal itu, Ellen DeGeneres bagi berkongsi mengenai filem terbarunya berjudul Crazy Rich Asians bersama seorang lagi pelakon utamanya iaitu Constance Wu.

“Satu pengalaman yang ibarat mimpi dan sangat ‘gila’. Ini seperti tidak masuk akal.

“Jangan lupa sebarkan ‘trailer’ Crazy Rich Asians yang akan dilancarkan nanti,” katanya di Instagram.

Pelakon kacukan Iban-Inggeris itu mencipta pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk menerajui filem adaptasi novel Crazy Rich Asians arahan Jon M Chu.

Filem itu dijadualkan memulakan tayangan pada 17 Ogos tahun ini.

Sejak melebarkan sayap di Hollywood, Henry turut diberikan kepercayaan memegang watak utama dalam filem Monsoon arahan Hong Khaou.

Pelakon dari Sarawak itu turut bergandingan dengan aktres popular Blake Lively dan Anna Kendrick menerusi filem berjudul A Simple Favor arahan Paul Feig.

Filem itu akan berada di pawagam pada 14 September tahun ini.

Terdahulu, Henry mencipta nama sebagai pengacara 8tv Quickie, Welcome To The Railworld Japan (8TV) dan Surviving Borneo (Discovery Channel Asia) sebelum berjaya menembusi pasaran Hollywood.

Sumber : BH Online

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

20 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

20 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

22 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

23 hours ago