Tips Untuk ‘Move On’ Selepas Putus Cinta

Setiap insan di muka bumi ini pasti pernah merasai cinta, namun tidak semua perhubungan itu berakhir dengan kebahagiaan ataupun ke jinjang pelamin.

Ada yang terpaksa memutuskan hubungan meskipun perasaan sayang itu masih wujud terhadap pasangan yang dicintai.

Bagi anda yang berdepan dengan situasi ini, ketahuilah bahawa perasaan sakit akibat putus cinta ini tidak akan kekal lama.

Walaupun perasaan putus cinta ini diibaratkan sebagai luka yang dalam, namun ia dapat diiubati dengan masa, penjagaan diri sendiri dan melihatnya dari sudut positif.

Menurut pakar perhubungan, Ammada Major seperti yang dipetik portal The Independent, ini empat cara untuk anda meneruskan kehidupan atau ‘move on’:

1.Beri sedikit masa untuk meratapi kesedihan

Bagi sesetengah orang, hubungan percintaan yang terpaksa diputuskan diibaratkan seperti hilang nyawa kerana rutin harian mungkin berlainan berbanding rutin dengan bekas kekasih.

Anda seelok-eloknya mengambil sedikit masa untuk meratapi kesedihan dengan apa yang terjadi.

Cara ini akan memberi peluang untuk anda mengkaji semula apa yang baik dan buruk dalam sesuatu hubungan itu.

Namun, adalah penting bagi seseorang itu untuk menerima kenyataan dan pelajari apa yang silap seterusnya perbaikinya dalam hubungan yang akan datang

2. Cari semula pendirian anda

Secara amnya, dalam setiap hubungan, terma ‘bersama’ pasti digunakan dan bukan ‘saya’ atau ‘awak’.

Namun selepas berakhirnya hubungan itu, ini adalah peluang anda untuk mencari semula diri anda dan lakukan apa yang anda suka.

Ia termasuklah mencari dan melakukan hobi baru, berjumpa dan berkumpul besama rakan-rakan.

Curi masa untuk lakukan sesuatu yang anda gemari seperti berkumpul dengan ahli keluarga dan pergi bercuti.

Dengan cara-cara ini anda dapat menumpukan perhatian kepada diri anda sendiri dan tidak tergesa-gesa untuk menjalinkan hubungan seterusnya.

2.Jangan malu untuk minta tolong

Hanya kerana anda terpaksa berdepan dengan situasi sedih ini, ia tidak bermakna anda tidak disayangi atau anda tidak dihargai. Daripada asyik menyalahkan diri sendiri, fokus kepada perkara yang dapat menaikkan semangat anda.

Contohnya, jika anda rasa perbuatan ‘block’ bekas kekasih anda di paltform media sosial adalah satu perkara yang dapat mengurangkan rasa sedih anda, itu yang patut anda lakukan.

Dalam pada itu, pastikan anda juga dapatkan pertolongan dari rakan-rakan dan ahli keluarga untuk meluahkan perasaan anda.

Atau, jika ada mempunyai barang kepunyaan si dia yang perlu dipulangkan, minta pertolongan dari mereka agar anda tidak perlu berjumpa dengan si dia.

Ini kerana, pertolongan ini dapat meringankan beban anda daripada menanggung perasaan sedih itu.

3.Masa dapat memulihkan keadaan

Anda mungkin tidak sedar bahawa kesedihan yang anda rasai akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Kesedihan yang anda rasai pada mulanya tidak sama dengan apa yang anda rasa sebulan atau setahun akan datang.

Jadi berikan masa untuk keadaan berubah dan anda dapat lupakan apa yang telah terjadi.

Tetapi, jika kesedihan itu tidak juga berkurangan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara itu kepada pakar.

Ini kerana, kemurungan yang anda hadapi mungkin akan membawa keburukan buat diri sendiri.

Sumber : Awani, The Independent.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

14 seconds ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago