Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Sejak belakangan ini, media melaporkan beberapa negeri di Malaysia terutamanya Kelantan, Perlis dan Kedah mengalami cuaca panas luar biasa. Ia berikutan berlakunya fenomena El Nino sejak tahun lepas dan faktor perubahan iklim.

Cuaca panas melampau ini sememangnya menganggu aktiviti harian dan merisaukan semua pihak khususnya ibu bapa yang gusar akan keselamatan anak mereka ketika berada di sekolah.

Prihatin dengan kerisauan orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat (3 Mei) memaklumkan akan membuat pengumuman berhubung penutupan sekolah jika terdapat keperluan namun langkah itu perlu diteliti terlebih dahulu.

KPM Umum Sekolah Akan Ditutup Jika Cuaca Lebih 37 Darjah Celsius

Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pihaknya akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

“Penutupan sekolah dilakukan mengikut garis panduan yang sedia ada. Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sedia maklum berkenaan garis panduan itu dan ia masih terpakai.

“Selain itu, sebarang aktiviti luar bilik darjah juga akan dihentikan sekiranya suhu cuaca melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

KPM Pantau Keadaan & Beri Autonomi Kepada Pihak Terlibat

Jelas Kah Woh, KPM akan memantau situasi cuaca semasa dengan mendapatkan nasihat daripada KKM dan Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia).

“Dalam tempoh ini, KPM memberi autonomi kepada pihak sekolah untuk menentukan aktiviti luar mengikut garis panduan tersebut.

“Bagi kami, kesihatan murid-murid merupakan suatu perkara yang menjadi keutamaan kepada kita,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan kawasan di sekitar Pasir Mas, Kelantan dikesan menerima suhu panas mencecah 40 darjah Celsius.

Selain Pasir Mas, tujuh daerah di negeri itu iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai dikesan menerima suhu maksimum harian pada tahap berjaga-jaga iaitu 37 darjah Celsius.

Selain Kelantan, cuaca panas dengan suhu 35 hingga 37 darjah Celsius turut dikesan di Padang Terap, Kedah dan Kota Marudu, Sabah. Malah, kawasan di Kuala Kangsar dan Kinta, Perak turut berada pada tahap satu.

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas: KPM Arah Aktiviti Luar Bilik Darjah Termasuk Sukan & Rentas Desa Ditangguhkan

Baca Artikel Berkaitan: KPM Benarkan Pelajar & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Berdepan Cuaca Panas

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas: Sekolah Perlu Utamakan Peruntukan Untuk Selenggara Kipas – KPM

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago