Cuaca Panas: Sekolah Perlu Utamakan Peruntukan Untuk Selenggara Kipas – KPM
Peruntukan yang disalurkan perlu diutamakan untuk kegunaan penyelenggaran kipas
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara, semua pengarah pendidikan negeri dan daerah diarah untuk mengutamakan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan kipas.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, arahan ini dikeluarkan semasa sesi libat urus bersama semua pengarah pendidikan pada 3 Mei lepas.
Peruntukan Khusus Penyelenggaraan Fasiliti Sekolah
KPM sentiasa mengagihkan peruntukan khusus untuk penyelenggaraan fasiliti sekolah ke peringkat negeri dan daerah bagi memastikan semua kemudahan seperti kipas berfungsi dengan baik.
“Pesan kita (KPM) kepada pengarah-pengarah pendidikan negeri dan daerah supaya membelanjakan peruntukan terbabit untuk sebarang kerja penyelenggaraan secepat mungkin.”
Datuk Pkharuddin Ghazali – Ketua Pengarah Pendidikan
Menurut beliau, arahan itu selaras dengan penangguhan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum dan penganjuran sukan tahunan seperti yang ditetapkan oleh KPM pada 3 Mei 2023 demi keselamatan warga sekolah.
“Jadi apabila semua berada dalam bangunan sudah tentu aspek pengudaraan dalam kelas perlu kita beri perhatian”.
Datuk Pkharuddin Ghazali – Ketua Pengarah Pendidikan
Terdahulu, ekoran daripada cuaca panas yang melanda negara, KPM mengeluarkan arahan agar semua aktiviti luar seperti kokurikulum dan sukan tahunan ditangguhkan serta memberikan kebenaran khas bagi pelajar, guru dan anggota pelaksana untuk memakai baju sukan.
Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas: KPM Arah Aktiviti Luar Bilik Darjah Termasuk Sukan & Rentas Desa Ditangguhkan
Baca Artikel Berkaitan: KPM benarkan Pelajar dan Guru Pakai Baju Sukan Ketika Berdepan Cuaca Panas