fbpx
Now Reading
KPM Benarkan Pelajar & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Berdepan Cuaca Panas
pelajar, guru dibenarkan pakai baju sukan ke sekolah

KPM Benarkan Pelajar & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Berdepan Cuaca Panas

Kebenaran pemakaian baju sukan itu diberikan KPM bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang komplikasi kepada kesihatan disebabkan cuaca panas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan sejak beberapa minggu lalu, cuaca di negara ini lebih panas dari kebiasaannya.

Malah cuaca yang panas ini juga membuatkan kita khususnya ibu bapa bimbang jika anak-anak terdedah kepada matahari apabila berada di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan berlakunya strok haba.

KPM benarkan pelajar, guru dan anggota pelaksana pakai baju sukan

Susulan dengan cuaca panas melanda negara ketika ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan kebenaran khas kepada guru, murid dan juga anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan di sekolah.

Keadaan cuaca ini adalah disebabkan keragaman iklim (climax viability) yang berlaku secara tidak tetap dan boleh menyebabkan gelombang haba sehingga memudaratkan kesihatan.

“Sehubungan dengan itu, KPM bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksanaan di semua institusi pendidikan KPM untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

“Bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan,” katanya.

Pihak sekolah perlu sentiasa pantau keadaan cuaca

Menurut KPM, pihak sekolah juga diminta untuk sentiasa membuat pantauan keadaan cuaca dari semasa ke semasa agar tindakan segera boleh dilakukan untuk menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.

“KPM sentiasa mengambil berat kesejahteraan seluruh warganya.”

Oleh itu, bagi menghindari dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini, ibu ayah disarankan untuk memastikan supaya anak-anak:

  • Minum air secukupnya.
  • Memakai pakaian yang nipis dan berwarna cerah.
    hadkan waktu berada di luar rumah.
  • Dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom strok haba.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.