fbpx
strok haba

2 Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Strok Haba, Ini Punca & Langkah Mencegah Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri dari berlakunya strok haba adalah pastikan badan kekal hidrasi dengan meminum air serta tidak memakai baju berwarna gelap seperti hitam dan hijau tua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (27 April), negara dikejutkan dengan laporan berita dua kanak-kanak meninggal dunia dipercayai kerana strok haba

Kedua-dua kejadian itu berlaku di Kelantan di mana ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang bayi berumur satu tahun tujuh bulan.

Kes Pertama – kanak-kanak 11 tahun

Kes pertama, arwah adik Muhammad Syamil Aqil menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.27 pagi.

Menurut ibu arwah iaitu Wanie, organ dalaman anak sulungnya itu seperti jantung, buah pinggangnya telah ‘hangus’ dan air di dalam badan serta darahnya sudah kering, lapor Harian Metro.

Hasil keputusan awal bedah siasat yang dilakukan mendapati kanak-kanak lelaki itu diserang strok haba dan juga dehidrasi.

Kes kedua melibatkan bayi perempuan

Manakala kes kedua pula melibatkan seorang bayi perempuan di Kampung Kota, Kota Bharu iaitu Nur Imani. Dia disahkan meninggal dunia pada Selasa (24 April) lalu.

Menurut bapa, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir bayinya itu mengalami batuk sejak seminggu lepas sebelum muntah beberapa hari selepas itu.

“Punca kematian hasil ‘post-morterm’ adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua,” ujarnya dipetik Astro Awani.

Punca dan simptom strok haba terjadi

Strok haba merupakan satu situasi yang berlaku disebabkan keadaan cuaca di kawasan sekeliling yang panas. Keadaan ini boleh menyebabkan suhu badan seseorang individu meningkat hingga mencecah kepada 40°C atau lebih.

Ia merupakan sesuatu yang bahaya dan boleh meragut nyawa disebabkan dihidrasi kerana kekurangan air di dalam badan.

Menurut Hello Doktor, antara simptom strok haba adalah demam panas lebih dari 40°C, keadaan mental yang luar biasa seperti percakapan tak jelas, peluh berlebihan, kulit panas, kering dan radang, sakit kepala dan lain-lain.

Perkara yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengelak dari berlakunya strok haba

Oleh itu, sebagai ibu bapa sudah tentu kita akan berasa bimbang dengan keadaan cuaca yang panas ketika ini disebabkan suhu yang tidak menentu. Di bawah adalah langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan:

  • Memilih pakaian yang bersesuaian, elakkan memakai pakaian ketat dan menghalang badan anda dan anak anda dari mengeluarkan peluh dan proses untuk menyejukkan badan dengan cara yang betul.
  • Lindungi diri dari sinaran matahari, anda dinasihatkan untuk berada di dalam rumah dan memakai krim pelindung matahari agar kulit dapat dilindungi.
  • Minum air yang banyak dan cukup agar badan kekal hidrasi untuk menggantikan air yang ditukarkan kepada peluh.
  • Elakkan anak-anak kecil bermain di luar ketika cuaca panas. Berikan masa pada badan untuk membiasakan diri dengan cuaca panas. Hadkan waktu berada di luar rumah.
  • Jangan tinggal di dalam kenderaan kerana apabila kereta diletakkan di bawah matahari suhu kereta boleh meningkat hingga 7°C hanya dalam masa 10 minit.
  • Elakkan memakai baju berwarna hitam dan hijau tua kerana pakaian yang gelap menyerap haba. Gunakan baju berwarna putih atau kuning kerana berdasarkan kajian dibuat Japan’s National Institute For Environmental Studies kedua warna ini mempunyai suhu sekitar 30 darjah Celcius ketika dijemur di bawah matahari.

Apa yang boleh anda lakukan jika mengalami masalah kesihatan akibat cuaca panas

Foto: FB KKM

Segera dapatkan nasihat perubatan sekiranya gejala berterusan dan semakin teruk.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.