Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pernikahan antara seorang lelaki Malaysia dan dengan kanak-kanak perempuan Thailand berusia 11 tahun pada 6 tahun lalu telah mendorong negara Gajah Putih itu untuk melarang pernikahan kanak-kanak di bawah umur 17 tahun.

Naib Presiden Majlis Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mat berkata, pihak berkuasa Thailand melaksanakan peraturan baru itu untuk mencegah berulangnya kejadian serupa.

Peraturan baharu dikeluarkan pada tahun yang sama kejadian berlaku

Menurutnya, peraturan itu dikeluarkan oleh Pusat Majlis Agama Islam Thailand (CICOT) pada tahun yang sama dengan kes perkahwinan pasangan itu berlaku iaitu sekitar tahun 2018 lalu.

“Pernikahan antara lelaki Malaysia berusia 41 tahun dan gadis Thai berusia 11 tahun pada tahun 2018 merupakan tamparan hebat kepada pihak berkuasa agama Thailand terutamanya majlis agama Islam.

“Kes ini merupakan yang pertama bagi majlis itu sejak ia ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu.

“Sebelum ini, tidak pernah ada perkahwinan seperti ini berlaku di Thailand. Ini merupakan sejarah bagi kami di Thailand,” katanya dipetik New Straits Times.

Pihak berkuasa agama Thailand perintah pasangan itu jalani ‘mufaraqah’

Mengikut kes tersebut, Aziz mengatakan pihak berkuasa agama Thailand telah memerintahkan pasangan itu untuk menjalani ‘mufaraqah’ iaitu hidup berasingan antara suami dan isteri sementara menunggu keputusan Mahkamah Syariah.

Pada tahun 2018, majlis agama Islam Thailand mengeluarkan larangan perkahwinan kanak-kanak di seluruh negara berikutan kemarahan orang ramai ke atas kejadian itu.

Peraturan CICOT melarang kanak-kanak di bawah umur 17 tahun daripada berkahwin, larangan itu diumumkan di semua masjid di Thailand terutamanya di bahagian selatan negara itu.

Sheikhul Islam Thailand, Allahyarham Aziz Phitakumpon yang juga bekas pengerusi CICOT telah meluluskan peraturan baharu itu pada akhir November 2018.

Masjid tempatan tidak dapat beri kebenaran, kecuali mahkamah Islam beri kebenaran

Allahyarham pada waktu itu berkata, peraturan itu untuk memastikan masjid-masjid tempatan tidak dapat memberi kebenaran untuk perkahwinan yang melibatkan sesiapa yang berusia di bawah 17 tahun kecuali Mahkamah Syariah memberi kebenaran atau ibu bapa menandatangani dokumen yang meluluskan perkahwinan di pejabat jawatankuasa pusat Islam negeri atau di balai polis tempatan.

Tambahnya, sebuah jawatankuasa khas juga ditubuhkan untuk mempertimbangkan perkahwinan sedemikian dan memberi ‘lampu hijau’ jika perkahwinan itu memberi manfaat kepada pasangan tersebut.

Lelaki Malaysia 41 tahun nikahi gadis Thailand 11 tahun kejutkan ramai

Terdahulu, negara Malaysia dan Thailand dikejutkan dengan pernikahan seorang kanak-kanak perempuan Thai berusia 11 tahun dengan seorang lelaki Kelantan berusia 41 tahun di sebuah masjid berdekatan Sungai Golok pada 18 Jun 2018.

Mengikut laporan media, pasangan terbabit telah mendapat sijil perkahwinan daripada Majlis Agama Islam Narathiwat.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri Thailand memanggil Majlis Agama Islan Narathiwat untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu kontroversi berkenaan.

Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyeru pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

Baca Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun dan Pasangan 41 Tahun Dapat Sijil Nikah

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago