Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Agama Islam amat menititikberatkan soal kebersihan,malah di antara ayat terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah berkaitan dengan kebersihan iaitu surah Al-Muddassir ayat 1 hingga 6.

Maksud kebersihan pula bukan hanya dari aspek pemakaian, jasmani dan rohani semata-mata, malah persekitaran yang bersih juga amat penting apatah lagi jika di tempat beribadah.

Tular lelaki cuci tempat ambil wuduk yang berlumut sebelum solat

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki membersih dan mencuci tempat mengambil wuduk di sebuah masjid di Indonesia.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @cleaner_masjid, kelihatan kawasan wuduk di masjid terbabit dipenuhi dengan lumut hijau di bahagian dinding dan lantai seperti tidak terurus.

Bawa peralatan mencuci di dalam beg, siap bawa kepala paip untuk digantikan

Pemilik akaun TikTok tersebut kemudiannya mengeluarkan alatan mencuci yang dibawanya bersama di dalam bag seperti sabun, peluntur, berus dan lain-lain sebelum memulakan cucian.

Kelihatan dia mencurahkan campuran air dipercayai sabun dan juga peluntur di bahagian dinding dan lantai ruangan wuduk sebelum memberusnya sehingga bersih.

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukar beberapa kepala paip lama dengan yang baharu di tempat mengambil wuduk itu.

Selepas membersihkan kawasan terbabit, lelaki itu kemudiannya mengambil wuduk dan menunaikan solat di dalam masjid berkenaan.

Semakan kami di akaun TikTok itu mendapati bahawa lelaki terbabit sememangnya sering memuat naik konten membersihkan masjid-masjid di sekitar negara itu.

Keadaan sebelum dan selepas dicuci

Rakyat Malaysia pakat puji tindakan lelaki itu bersihkan tempat ambil wuduk masjid

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial rakyat Malaysia memuji tindakan lelaki terbabit kerana sanggup membersihkan kawasan tempat mengambil wuduk itu.

Tidak hanya itu, mereka turut menitipkan doa agar lelaki berkenaan dilimpahi dengan ganjaran pahala yang banyak selain urusannya juga dimudahkan.

Bersihkan masjid sangat besar ganjaran pahalanya

Sekadar info, memetik laman web Maktabah Al-Bakri, pahala membersihkan masjid sangatlah besar ganjarannya meskipun perbuatan itu dianggap kecil.

Tindakan membersihkan masjid daripada segala jenis sampah dan kekotoran yang mungkin terdapat di dalamnya adalah perbuatan yang sangat mulia dan pahala diberikan kepada mereka yang melakukannya.

“Ini juga mengingatkan kita untuk lebih memberi perhatian kepada tindakan yang mungkin dianggap kecil, kerana setiap tindakan baik, sekecil apa pun, diangkat tinggi di sisi Allah dan dibalas dengan pahala,” katanya.

Berikut komen yang diberikan netizen di TikTok:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago