Ini Cara Terbaik Potong Nasi Impit, Baru Puas Cicah Kuah Kacang! [Video]

Setelah seminggu beraya bersama keluarga dan kenalan rapat, kini tiba masanya untuk memenuhi jemputan rumah terbuka pula. Pasti ada juga di kalangan anda yang akan menyambut kehadiran tetamu di rumah.

Terdapat pelbagai juadah yang biasa dihidangkan sewaktu jamuan hari raya seperti lemang, rendang, sate malah nasi impit.

Apabila menghidangkan nasi impit, bagaimanakah anda memotong juadah itu? Kebiasannya orang ramai akan memotong nasi impit ke empat bahagian petak, ataupun enam bahagian untuk saiz yang lebih kecil.

Akan tetapi, apabila dipotong seperti ini, nasi impit agak sukar dikeluarkan kerana terlekat pada sudut plastik.

Cara Potong Nasi Impit Agar Mudah Dikeluarkan

Sebenarnya, ada satu lagi cara untuk memotong nasi impit yang lebih praktikal dan memudahkan! Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Bonda Siha.

Menurutnya, nasi impit boleh dipotong secara serong atau dalam bentuk ‘X’.

Melihat kepada video dimuat naiknya, nasi impit akan lebih mudah dikeluarkan jika dipotong secara serong berbanding menegak. Malah, nasi impit akan nampak lebih comel dalam bentuk segi tiga!

Foto: @nasihaab/ TikTok
@nasihaab

Cara potong nasi impit lebih praktikal dan tak membazir, nak buat open house, atau open dept ni sure ada guna nasi impit kan, contoh nasi impit kuah kacang atau soto & lontong ke, jangan lupa cara ni ya… selamat mencuba! #tipsdapur #kuahkacangnasiimpit #fyp

♬ Dari jauh ku pohon maaf – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Potongan Serong Dapat Luas Permukaan Lebih Besar

Dalam masa sama, seorang individu bernama Anwar Farid turut berkongsi kiraan cara memotong nasi impit yang dapat mengaut lebih banyak rendang atau kuah kacang apabila dicicah.

Berdasarkan pengiraan olehnya, luas permukaan nasi impit yang dipotong secara serong adalah lebih besar berbanding dipotong tegak, bermakna lebih banyak kuah dapat dicicah. Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua cara memotong nasi impit.

Foto: @nanopls_/ X
Foto: @chairmanGLC/ X

Menurutnya lagi, secara teorinya, nasi impit yang dipotong empat secara menegak dan serong akan menghasilkan isipadu yang sama. Oleh itu, tetamu bukan sahaja dapat makan nasi impit dalam jumlah sama, tetapi akan dapat cicah lebih banyak kuah dengan cara potongan berbeza!

Tips Potong Nasi Impit Agar Tahan Lama

Umum sedia maklum bahawa nasi yang tidak dijaga dengan baik akan cepat basi. Begitu juga dengan nasi impit.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk elak nasi impit daripada cepat basi.

  1. Basuh beras terlebih dahulu. Ini juga termasuk bagi nasi impit paket.
  2. Tabur sedikit garam ketika merebus nasi impit.
  3. Rebus nasi impit sehingga betul-betul masak dan tidak mentah.
  4. Setelah direbus, angkat dan tos nasi impit sehingga betul-betul kering.
  5. Potong nasi impit hanya apabila hendak makan. Boleh juga potong awal tetapi dibiarkan di dalam plastik. Lebih elok jika pakai sarung tangan ketika memotong nasi impit.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

11 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

12 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

13 hours ago