Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Setiap umat Islam telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mendirikan solat dan hukumnya adalah wajib.

Umat Islam juga digalakkan untuk mendirikan solat secara berjemaah di rumah, surau atau masjid dan Allah SWT juga menjanjikan pahala yang berganda buat siapa yang melakukannya.

Walau bagaimanapun, solat secara berjemaah hanya boleh dilakukan dengan minimum sekurang-kurangnya dua orang. Maka ada yang kadang kala menunaikannya secara berseorangan sebelum hadirnya jemaah lain dan menjadikan individu di barisan hadapan sebagai imam.

Lelaki jelaskan cara untuk beritahu imam jika nak jadi makmum

Baru-baru ini, ahli jemaah Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor telah menjelaskan bagaimana cara yang betul sekiranya individu ingin menjadikan seseorang sebagai imam ketika pihak berkenaan sedang mendirikan solat.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya mereka menunjukkan contoh seorang lelaki telah mencuit bahu individu di hadapannya untuk dijadikan sebagai imam.

Sebaik selesai solat, tindakannya itu ditegur oleh imam kerana perbuatan itu mungkin boleh menganggu seseorang yang sedang khusyuk.

Hanya perlu berdiri disebelah dan kuatkan suara ketika angkat takbiratul ihram

Jelasnya cara yang lebih baik untuk meminta seseorang menjadi imam adalah dengan berdiri di sebelah individu berkenaan dan niat untuk ikut sebagai makmum serta kuatkan sedikit suara semasa mengangkat takbiratul ihram.

Katanya lagi sekiranya seseorang individu itu tidak perasan mahupun berniat menjadi imam, jemaah yang hadir mengikut dari belakang tetap mendapat fadilat solat berjemaah.

Ini kerana apa yang penting jemaah perlu berniat untuk menjadi makmum.

Lelaki yang menjadi makmum itu kemudian bertanya lagi bagaimana sekiranya seseorang ingin menjadi makmum untuk menunaikan solat fardu namun individu yang diikutinya menunaikan solat sunat. Adakah solat ditunaikan sah?

@masjidbspofficial

Tak perlu ganggu orang solat dengan menepuk/mencuit bahu untuk menjadikannya imam. Memadai hanya dengan menguatkan lafaz takbiratulihram di sebelahnya sebagai isyarat. Hadiahkan sejadah @nawaitu.hq kepada orang tersayang. Sejadah tebal dengan Design minimalis. #cuitbahu #tepukbahu #solatjemaah #masjidbandarseriputra #sejadahnawaitu

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

Meskpun imam dan jemaah tunaikan solat yang berbeza namun kedua-dua solat adalah sah

Imam itu menjawab meskipun menunaikan solat yang berbeza namun secara berjemaah, solat yang ditunaikan tetap sah.

“Contoh masa Ramadan, waktu Isyak awak datang lambat ke masjid. Awak boleh je join jemaah tarawih tu untuk solat Isyak.

“Lepas imam salam, tambah je lagi rakaat yang tak cukup,” katanya lagi.

Video perkongsian masjid berkenaan turut sohor di laman X dan mendapat perhatian ramai.

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan mereka juga menerima ilmu baharu daripada perkongsian masjid berkenaan.

“Kalau dia tahu orang tu solat sunat tapi dia jadikan imam solat Zohor contoh, adakah sah atau tidak ustaz”

“Ustaz, saya pernah niat makmum solat Isyak. Rupanya dia solat sunat witir 3 rakaat satu salam. Saya ikut saja sampai rakaat ketiga baru baca tahiyat awal”

“Boleh rupanya ikut imam masa solat tarawih tapi kita solat isyak”

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

2 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Helikopter Bawa Presiden Iran Terhempas, Nasib Ebrahim Raisi Masih Belum Diketahui

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

4 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago