Kontroversi Video: Anjur Sidang Media, Syafiq Kyle Akhirnya Buka Mulut

Bagi menghormati bulan Ramadan, pelakon Syafiq Kyle memilih untuk tidak memberikan jawapan mengenai isu video kontoversi yang didakwa miripnya. Bertemu dengan pihak media di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi, Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, mahu terus memandang ke hadapan. Ketika ditanya mengenai kesahihan video tersebut, Syafiq tidak mengiyakan atau tidak menidakkan dakwaan terbabit.

“Tujuan saya mengadakan sidang media ini adalah untuk saya terus ‘move on’ dan meneruskan kehidupan. Saya sedar yang saya merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau memendekkan isu ini namun saya memilih untuk menghentikannya. Pada masa yang sama, saya mahu menghormati bulan Ramadan.”

“Bagi saya, terpulanglah bagaimana mereka di luar sana mahu menafsirkan perkara ini, tetapi ini merupakan jawapan saya buat masa ini dan tiada lagi jawapan lain selepas ini di masa akan datang.

“Sejujurnya, saya sangat menghargai dugaan yang datang dan sesungguhnya, ia mematangkan saya,” ujarnya.

Tambah Syafiq, dia mengetahui perkara ini sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat memastikan mengenai kesahihannya.

“Saya tahu mengenai perkara ini semenjak dua tahun lalu tapi saya cuma mendapat beberapa ‘hint’ sahaja. Saya sendiri tak tahu kebenaran perkara itu. Saya juga tak tahu video ini dijual di laman internet. Saya tak sedar dan tak faham kerana saya bukan jenis orang yang ‘menggodek’ telefon,” katanya lagi.”

Ketika diajukan soalan mengenali wanita yang dikenali dengan nama Mira dalam video itu, Syafiq sendiri tidak pasti mengenai perkara tersebut.

“Mungkin saya pernah kenal dengan individu terbabit tetapi saya tak mahu memikirkannya kerana saya sendiri enggan memanjangkan perkara ini lagi.

“Mengenai ‘screenshot’ perbualan yang viral di laman sosial, saya sendiri tak kenal dengan individu yang menularkannya dan paparan skrin tersebut itu disunting pihak tak bertanggungjawab.

“Saya memberikan tumpuan kepada isu video dan bila timbul pula isu lain, saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk mengendalikannya,” katanya lagi.

Sebelum mengadakan sidang media malam tadi, Syafiq memberikan kenyataan di laman Instagram miliknya petang semalam.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

18 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

18 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

18 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

20 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago