Cuci Pinggan Guna Air Lopak Tak Pernah Belaku Sebelum Ni

Jijik dan memualkan. Itulah yang dirasakan apabila menonton paparan video menunjukkan beberapa pekerja di sebuah restoran di ibu negara sedang mencuci pinggan menggunakan air yang kelihatan kotor dan bertakung.

Video yang berdurasi 30 saat tersebut merakamkan pekerja dipercayai dari sebuah restoran di Bangsar sedang mencelup pinggan di dalam air kotor tanpa membilasnya sebelum terus menyusunnya di satu sudut.

Rakaman yang dilakukan secara sembunyi oleh individu yang tidak dikenali itu dipercayai dirakam dari arah atas sebuah bangunan berhampiran.

Sejak ia dimuat naik pada petang Selasa, video itu tular sehingga ditonton lebih 263,000 kali dan mendapat 8,234 perkongsian.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen, termasuklah meminta agar restoran tersebut ditutup.

 

Beberapa jam selepas video tersebut tular, pihak pengurusan restoran tersebut pantas membuat permohonan maaf di atas perbuatan kakitangan yang didakwa baru diambil bekerja di restoran berkenaan.

“Kepada pelanggan, kami ingin memohon maaf di atas insiden malang oleh pekerja baharu kami di cawangan Bangsar, baru-baru ini.

“Perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini dan tidak sewajarnya berlaku.

“Kami ingin menjamin bahawa Raj’s Banana Leaf sentiasa melepasi pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala.

“Kami amat kesal di atas tindakan kakitangan baharu kami dan memahami ia tidak boleh diterima,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, restoran Raj’s Banana Leaf cawangan Bangsar menawarkan sajian ‘Buka Puasa’ secara percuma pada Khamis, bermula pukul 7.30 hingga 9.30 malam.

Bagaimanapun, seorang netizen, Rjuna Rjuna berpendapat alasan yang diberikan pihak pengurusan restoran adalah tidak boleh diterima.

“Setiap pekerja atau pengendali makanan sebenarnya perlu hadiri kursus pengendali makanan dan mereka akan diajar mengenai aspek kesihatan.

“Setiap restoran terutama restoran besar akan ada penyelia dan pengurus mereka yang akan memantau kerja pekerja, jadi dalam hal ini, restoran gagal dalam aspek pemantauan,” ujarnya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago