Najib Ucap Selamat Tinggal Kepada Pegawai Pengiring

Semua pegawai keselamatan, polis pengiring dan pegawai bantuan yang bertugas dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Najib berkata, khidmat kesemua mereka yang pernah bertugas menyediakan kawalan keselamatan kepada beliau dan keluarga telah ditarik balik sejak beberapa minggu lalu, kecuali seorang pegawai ‘Aide De Camp’ (ADC) atau pembantu peribadi.

“Hari ini (Selasa), saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas (UTK), polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan.

“Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.

“Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang sembilan tahun ini, termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih (menjadi) timbalan perdana menteri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya pada Selasa malam.

Dalam pada itu, Najib turut memohon agar kerajaan baharu sentiasa menjaga kebajikan kakitangan terbabit kerana mendakwa mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.

Setakat ini, posting tersebut telah menerima lebih 17,000 tanda suka (likes) dan mendapat 1,320 perkongsian.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago