Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Definisi cantik atau kacak itu semestinya berbeza bagi setiap individu. Ada yang cakap kulit putih sebagai cantik dan ada yang berpandangan lelaki yang memiliki ‘jawline’ sebagai kacak.

Bagaimanapun ada juga yang berpandangan sebaliknya, maka benarlah kecantikan dan ketampanan untuk hanyalah subjektif.

Kebanyakan lelaki Kelantan dipuji miliki paras rupa yang kacak

Pun begitu, rata-rata pengguna media sosial di Facebook dilihat berpandangan bahawa kebanyakan lelaki berasal dari negeri Kelantan mempunyai paras rupa yang kacak.

Memetik Kosmo, perkara itu mula dikongsikan oleh netizen selepas pemilik akaun Facebook Adham memuat naik satu hantaran pada baru-baru ini yang menanyakan negeri mana mempunyai kaum lelaki yang kacak (handsome) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.

Raih lebih 12,000 komen, separuh daripadanya mendakwa lelaki Kelantan paling kacak

Siapa sangka, pertanyaan lelaki itu telah mendapat reaksi ramai pengguna Facebook apabila meraih lebih daripada 12,000 komen.

Lebih mengejutkan, separuh daripada jumlah keseluruhan komen yang diterima mengatakan lelaki Kelantan paling kacak.

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

Foto: Facebook/The Red Warriors

Kebanyakan lelaki Kedah miliki perwatakan yang kelakar

Pada masa sama, kebanyakan komen juga mendakwa bahawa kebanyakan lelaki di negeri Kedah mempunyai perwatakan yang kelakar.

Malah ada juga yang menyifatkan rata-rata lelaki di bahagian utara Malaysia menghiburkan kerana dialek yang digunakan mereka.

Foto: Facebook/Kedah Darul Aman FC

“Orang Kelantan paling elok (kacak) sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB (Yang Berhormat) Menteri Kedah,” kata Asyikin.

“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat uni (universiti) aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” ujar Nurul Ain.

“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.

“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.

Recent Posts

  • News
  • Trending

‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Kadar itu ditetapkan setelah mengambil kira faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis…

3 mins ago
  • Trending

“He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…

2 hours ago
  • Trending

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

2 hours ago
  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

5 hours ago