Umum mengetahui kita sentiasa dinasihatkan untuk melakukan kebaikan kepada semua orang tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Ini kerana, tingkah laku yang baik akan sentiasa menjadi ikutan kepada setiap yang memandang tanpa mengira muda mahupun tua.
Malah Allah SWT juga telah menjanjikan ganjaran pahala kepada sesiapa sahaja hambanya yang melakukan kebaikan seperti membantu orang yang susah dan banyak lagi.
Baru-baru ini influencer dan YouTuber, Aisar Khaled juga tidak melepaskan peluang apabila turut membantu seorang warga emas berbangsa Cina bagi membersih dan mencantikkan rumahnya.
Perkara itu dilakukan oleh Aisar selepas dia mendapat cadangan daripada seorang pengguna media sosial yang memintanya untuk mencantikkan rumah yang berada di kawasan pedalaman atau kampung.
Susulan itu, Aisar bersama kumpulannya kemudian telah berkunjung ke Kampung Batu 10 Labu, Negeri Sembilan. Sebelum ke lokasi yang ditujui Aisar turut membawa beberapa barangan bersamanya bagi menjalankan misi tersebut seperti cat, mesin basuh, barangan elektrik dan banyak lagi.
Sampai sahaja di kampung tersebut, Aisar kemudian memilih sebuah rumah secara rawak dan bertanya kepada tuan rumah sekiranya mereka bersetuju jika dia dan rakan-rakan ingin membersihkan rumah berkenaan.
Seorang warga emas wanita bersetuju dengan cadangan Aisar, dan membuka pintu pagar serta mengalu-alukan mereka untuk membersihkan rumahnya.
Menerusi video, dapat dilihat mereka menebas dahan pokok, mengecat dinding dan pagar, serta membersihkan kawasan di laman rumah.
“Wah ini baru cantik,” kata wanita tersebut sambil menunjukkan simbol 👍🏻.
Dalam video sama, Aisar turut menunjukkan reaksi warga emas berkenaan yang melompat keriangan sebaik melihat rumahnya sudah kelihatan cantik dan berseri.
“Terima kasih Aisar, Tuhan berkati kamu,” doa warga emas itu.
Aisar turut membawa warga emas berkenaan ke pasar raya untuk membeli barang dapur yang bernilai sekitar RM796.
Mengintai di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan murninya itu.
Tidak kurang juga ada yang mencadangkan beberapa rumah yang mungkin boleh dibantu oleh Aisar kerana mengalami kerosakan atau buruk.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…