Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Pihak polis sedang memburu pemilik akaun media sosial yang memuat naik hantaran bersifat serangan secara peribadi kepada pemain bola sepak kebangsaan dan individu-individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan sukan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akaun media sosial dan ‘posting’ sedemikian dikesan banyak kebelakangan ini.

Ingin timbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak dan individu yang disasar

Menurutnya, hantaran itu dimuat naik kerana dipercayai dengan tujuan untuk menimbulkan rasa benci terhadap individu yang disasarkan.

“Perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia menumbuhkan rasa kebencian yang berlebihan.

“Ada sampai dalam kepada laporan kita (Kementerian Dalam Negeri) kewujudan beberapa laman sosial dalam bentuk Facebook dan sebagainya mensasarkan beberapa individu pemain-pemain bola kebangsaan.

“Yang mana isi kandungan posting (hantaran) itu cuma bertujuan untuk membangkitkan kebencian sahaja, menghina, memperlekeh,” katanya dipetik Harian Metro.

Pengendali akaun mengulas setiap gerak geri, aktiviti dan kehidupan sosial pemain

Menurutnya lagi, menerusi hantaran-hantaran di media sosial berkenaan, pemilik akaun terbabit didapati mengulas setiap gerak geri, aktiviti dan kehidupan sosial pemain bola sepak berkenaan dengan komen berbaur kebencian.

“Semua gerak gerinya itu diulas, cara dia merayakan kemenangan, jaringan, itu pun diulas. Cara dia bersosial, dia berkawan dengan siapa.

“Setiap inci pergerakan itu diberi ulasan yang kesimpulan akhir pada posting pemilik media sosial seperti ini adalah untuk membibitkan kebencian,” katanya lagi.

Insiden jenayah terhadap Akhyar dan Faisal, polis sedang jalankan siasatan rapi

Ujar Saifuddin, mengenai dua insiden serangan menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim pula, pihak polis sedang menjalankan siasatan rapi untuk menangkap penjenayah yang mendalangi perbuatan itu.

“Seperti yang kita ketahui dalam kes Faisal, telah dikenal pasti (suspek) dan kita perlu berikan kepercayaan dan ruang sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan tugas.

“Komitmen pasukan polis dengan seluruh keupayaan adalah kita akan lakukan apa sahaja untuk menangkap, mengesan dan menangkap si penyerang dan membawa mereka ke muka pengadilan.

“Kepada semua pemain bola sepak di negara ini, saya ulangi jaminan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan seluruhnya adalah terjamin. Mereka patut tumpukan kepada karier mereka menjelang liga yang akan bermula,” katanya.

Berkongsi lanjut, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi situasi yang sedang berlaku ini.

Semakan kami di laman Facebook mendapati beberapa akaun media sosial yang sebelum ini popular dengan hantaran ‘troll’ berkaitan dunia bola sepak tempatan sudah hilang dari radar.

Baca Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago