Didakwa Cederakan 3 Individu & Lakukan Khianat, Norjuma Mengaku Tak Bersalah

Bekas personaliti televisyen yang juga merupakan seorang usahawan tudung terkenal, Norjuma Habib Mohamed pada hari ini (25 April) telah didakwa di empat Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas lima pertuduhan iaitu mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Usahawan terbabit walau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan empat Majistret iaitu Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd. Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim.

“Tidak (mengaku bersalah),” ujarnya, lapor Berita Harian.

3 pertuduhan mencederakan warga nepal dan dua warga tempatan

Untuk pertuduhan mencederakan, usahawan itu didakwa mengasari seorang warga Nepal yang juga pengawal keselamatan di kenali sebagai Neupane Tika Ram. Tertuduh dipercayai menedang lelaki berkenaan di bahagian betis kiri.

Insiden tersebut berlaku di sebuah pusat tuisyen di Brickfields pada 3 petang, 29 Mac 2018.

Usahawan itu juga telah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki, Mohd Afiq Ismail yang berusia 34 tahun di sebuah premis perniagaan di Menara Atlan Jalan Ampang pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Manakala satu lagi kes, wanita ini didakwa bertindak menampar pipi serta mencakar tangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Solehah Rosli berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada pukul 10.30 pagi, 18 Oktober 2021 lalu.

Kes kecederaan didakwa bawah Sesyen 323 Kanun Keseksaan

Setiap pertuduhan yang mendatangkan kecederaan telah didakwa di bawah Sesyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Didakwa melakukan khianat rosakkan palang keluar masuk sebuah kondominum tahun lalu

Dalam pada itu, usahawan ini juga didakwa terhadap dua lagi pertuduhan khianat di sebuah kondominium lorong Ampang 2 Taman U-Thant iaitu merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 7.44 malam, 28 Julai tahun lalu.

Kes didakwa bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atay kedua-duanya sekali sekiranya bersalah.

Ketika prosiding wanita tersebut turut diwakili peguamnya iaitu Izzat Amir dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan serta Vivian Yeap Jie Xi.

Mahkmah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes serta penyerahan dokumen pada 27 Jun ini.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

9 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

10 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

10 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

10 hours ago