Siapa Gadis Bersama Zul Ariffin di Phuket?

Tular beberapa keping foto yang dipercayai milik pelakon kacak berbadan sasa Zul Ariffin bersama seorang gadis warganegara asing di Phuket, Thailand awal Julai lalu.

Keadaan menjadi lebih mencurigakan apabila foto-foto yang telah dimuat naik oleh Zul dan gadis Ukraine bernama Tanya Glembotska itu kebetulan berada di lokasi sama pada tempoh masa sama.

Bertemu dengan Zul sendiri pada majlis tayangan perdana filem Hantu Kak Limah di e@Curve, Damansara semalam, Gempak mendapatkan komen daripada pelakon itu sendiri.

“Tak ada lah, mana ada. Saya bercutilah, saya pergi training. Tak ada apapun, saya tiada komen berhubung perkara itu,” jelas Zul.



Zul bagaimanapun enggan mengulas lebih terperinci identiti sebenar gadis berkenaan dan memutuskan untuk tidak berkongsi lebih lanjut.

“Benda mudah, kalau saya berkata sesuatu orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum saya, perkara baik atau buruk tak membezakan apa-apa.

“Jadi saya hanya biarkan apa yang mereka hendak fikirkan dan akan terus berdiam diri sebab kalau saya komen kiri atau kanan tak ada bezanya.
“Mereka tak tahu apa-apa jadi mereka akan terus membuat pelbagai tanggapan,” tambahnya.

Selain mengikuti akaun Instagram Zul, gadis yang menggunakan nama @glembotska itu pernah memuat naik fotonya memeluk seorang jejaka yang dipercayai pelakon lelaki itu.

Sementara itu secara ringkas, Zul memberitahu dia mengenali wanita terbabit ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri bersama jurulatih antarabangsa di sana.

“Ya, saya kenal wanita itu di sana ketika menjalani latihan bersama-sama. Saya layan dia seperti orang lain,” kata Zul.

Menjawab dakwaan tatu bertulis ‘Zul’ yang dicacah pada jari manis wanita berkenaan, ini pula jawapan Zul; “Inai sajalah, saya tak sangka dia akan berbuat sedemikian.”

Sumber : Gempak.com

Recent Posts

  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

1 min ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

37 mins ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

51 mins ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

1 hour ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

2 hours ago