Daiyan Trisha Masih Berjaya Dapat Dekan Walaupun Tak Hadir Kuliah Sebulan

Penyanyi Daiyan Trisha berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang pentadbiran perniagaan dengan baik biarpun tidak menghadiri kuliah selama sebulan.

Daiyan, 24, berkata dia mampu mendapat keputusan yang bagus dengan mengambil banyak subjek pelajaran dan mengorbankan waktu malamnya.

“Tak pergi kuliah sepanjang bulan (dengan izin) untuk penggambaran filem Busker. Saya siapkan tugasan kuliah pada waktu malam selepas selesai penggambaran.

“Jalani latihan perindustrian di Levi’s sementara jadi duta Levi’s, ambil enam,tujuh subjek dalam satu semester supaya saya dapat menamatkan pelajaran dengan cepat.

 

Daiyan kongsi pengalaman bekerja sambil belajar.

“Belajar di waktu malam untuk peperiksaan selepas seharian penuh dengan fotografi, tidur dalam kelas sebab jet-lagged balik dari kerja luar,” kata Daiyan.

Daiyan turut memuat naik foto dia berpakaian jubah konvokesyen di laman Instagramnya.

Pelakon drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia ini menamatkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Infrastructure University Kuala Lumpur.

Kata penyanyi lagu Langit ini, biarpun dia pernah hampir berputus asa, namun masih menyimpan cita-cita tinggi untuk skor A dalam setiap kelas.

 

Ahli keluarga Daiyan sentiasa menyokongnya.

Bagi Daiyan, untuk mencapai matlamat, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh dan memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap apa yang dilakukan.

“Saya pernah putus asa beberapa kali. Ia sangat gila! Walaupun begitu, saya masih bercita-cita tinggi untuk dapatkan skor A dalam semua kelas.

“Datang lambat pun masih dengan muka tak malu duduk di barisan depan supaya dapat fokus. Alhamdulillah saya masih dalam senarai Dekan setiap semester.

“Saya rasa, selagi anda bersungguh-sungguh dan komited untuk mencapai matlamat, tiada apa yang anda tidak boleh lakukan,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

27 mins ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago