Lagu Tema Perkahwinan Jadi Lagu Lain…Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin

Pelakon Zulin Aziz mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, berkata dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi.

Menurutnya, dia terpaksa menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

“Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya… tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi.

“Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.

Zulin mendedahkan perkara tersebut menerusi laman sosialnya.

“Saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan sekarang dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain,” katanya.

Bekas penyampai radio Suria FM ini mendedahkan perkara itu menerusi laman Instagramnya dan turut memuat naik foto ketika dia membuat persiapan kahwin.

Zulin turut menegaskan apa yang terjadi bukan gimik untuk mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia pernah berkongsi mengenai perancangan untuk berkahwin.

“Untuk apalah saya nak buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.

 

 

 

“Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.

“Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia,” katanya.

Zulin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

Sebelum ini, Zulin pernah memberitahu dia sedang membuat persiapan untuk berkahwin namun merahsiakan identiti kekasihnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/07/zulin-aziz/#BHxfKH7OvGjIzesL.99

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

12 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

14 hours ago