“Rasa sebak apabila mereka berdua kembali dalam kerajaan baharu Malaysia. Hasrat hati ingin sangat bertemu pasangan kesayangan kita semua ini. Ada rezeki, saya mahu bertemu, berbual-bual dengan Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah.

“Tapi bukan setakat jumpa Tun Mahathir tau. Bukan setakat nak bercerita fasal bisnes, fasal harapan, fasal masa depan negara. Ikutkan hajat hati, rasa macam nak meminang Tun Mahathir, kekeke! Jangan marahya Tun Siti Hasmah,” seloroh Vida.

Nampaknya hasrat Vida untuk bertemu pemimpin negara itu akhirnya tercapai dimana beberapa hari lalu Vida ada berkongsikan gambarnya bersama Tun M di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, dalam temu bual tersebut Vida turut memberitahu jika ditemukan jodoh suatu hari nanti, beliau berharap pasangannya itu adalah seorang yang jujur dan boleh menerima dirinya seadanya.