“Mengecewakan…” – Cucu Tun M Kecam Perhimpunan Bantah ICERD

Anak perempuan kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengecam peserta Himpunan Bantah ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

Melia Serena memuat naik gambar di Instagram Stories dengan keterangan: “Menjijikkan…. saya tak peduli. Terlalu mengecewakan.”

Dia turut mengatakan bahawa Wawasan 2020 hilang kerana “anda semua”.

Menerusi posting Instagram Stories yang lain, Melia yang seolah-olah memberi reaksi kepada mereka yang menghantar mesej kepadanya susulan posting terdahulu, mengkritik peserta Himpunan Bantah ICERD, dengan mengatakan kekecewaan melihat mereka dalam kalangan bangsanya sendiri begitu “membenci, dikriminasi dan menindas.”

“Satu perkara yang mereka tidak setuju, mereka akan segera menghendap kamu dan mengatakan perkara yang paling menyakitkan hanya kerana mereka ditegur.

“Jika anda berfikir untuk memberi komen-komen yang negatif untuk membuatkan saya kesal mengenai apa yang saya kata atau merasakan saya teruk dengan diri saya, anda hanya memperbodohkan diri sendiri. Saya tenang saja,” katanya.

Pada Sabtu, perhimpunan tersebut diadakan untuk menyambut keputusan kerajaan yang tidak akan meratifikasi konvensyen di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Para pemimpin pembangkang hadir dalam himpunan itu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kerajaan memutuskan untuk tidak mengesahkan ICERD ketika bantahan berterusan daripada pembangkang yang mendakwa perjanjian hak asasi manusia PBB akan menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. – The Star

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

23 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

23 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

23 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago