Soal Jodoh, Zizan Minta Ibu Yang Carikan

Siapa tak kenal dengan Zizan Razak, seorang pelakon dan artis komedi popular yang sering membuatkan orang ramai terhibur tak kering gusi dengan lawaknya. Malah dia juga merupakan antara selebriti Malaysia yang paling berpengaruh di media sosial.

Rujuk Artikel berkaitan : Top 10 Instagram Di Malaysia

Kisah cintanya dengan pelakon Emma Maembong suatu masa dulu sering menarik perhatian media dan orang ramai sebelum mereka berdua sepakat memutuskan hubungan cinta dan membawa haluan masing-masing.

Kisah cinta pasangan ini yang dulunya sentiasa mendapat perhatian umum Foto: Rotikaya

Terbaharu, Zizan yang ditemui Harian Metro menceritakan hasrat hatinya untuk meminta bantuan ibunya  dalam mendapatkan jodoh yang sesuai untuk dirinya.

Boleh lah gadis-gadis singgah Terengganu jumpa Mak Zizan mana tahu berkenan. Haha

“Saya memang berhasrat untuk meminta ibu yang carikan jodoh bila sampai masanya nanti.

“Walaupun ibu yang carikan jodoh tetapi saya mahu berkenalan dulu dengan wanita itu sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan calon isteri,” katanya dalam satu temu bual dengan Harian Metro.

Pelakon yang popular dengan filem Abang Long Fadhil dan Polis Evo itu juga sama seperti lelaki lain, pasti mahukan wanita yang baik untuk dijadikan calon isterinya.

 “Saya bukannya baik sangat tetapi pastinya mahu mencari wanita yang baik untuk dijadikan calon isteri.

“Jika ada jodoh, saya mestilah nak berikan yang terbaik untuk bakal isteri nanti,” katanya.

Zizan yang kini kerap dikaitkan dengan Aktres Cantik Mira Filzah Foto: HihabNHeels

Saat disoal adakah dia serik mempunyai hubungan dengan rakan artis, Zizan pantas menafikannya

Saya sudah berusaha untuk bercinta dan merancang terus berkahwin tetapi tidak kesampaian dulu. Sudah bergelar solo selama empat tahun tanpa kekasih, saya percaya setiap kejadian yang berlaku ini semuanya dengan izin Allah dan reda dengan ketentuan-Nya – Zizan Razak

Tambah Zizan lagi, fokus utamanya kini ialah membahagiakan keluarganya selain mengukuhkan kerjaya seni dan perniagaan miliknya selepas ‘terleka’ buat seketika suatu masa dahulu.

“Cukuplah saya banyak membuang masa dalam hidup dulu. Saya tidak mahu salah pilih kawan yang boleh membuat kita menjadi hilang arah dan kemurungan.

“Kini, fokus saya mahu membahagiakan keluarga terutama ibu.

“Saya juga memilih untuk bersahabat dengan mereka yang membawa ke arah kebaikan dan nilai hidup positif,” turut Zizan lagi.

Semoga Zizan ketemu dengan jodoh yang sesuai untuknya. Jadi untuk wanita-wanita melayu terakhir di luar sana, kalau berminat boleh nak singgah-singah rumah keluarga Zizan mana tau ibunya berkenan dengan korang. Haha

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago