Google Maps Jadi Pilihan Rakyat Malaysia Berbanding Waze?

Satu tinjauan di laman Facebook portal gajet, wiser.my mendedahkan rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Google Maps berbanding Waze untuk membantu mereka mencari petunjuk arah.

Dalam tinjauan yang dimulakan semalam itu, 65 peratus memilih Google Maps berbanding hanya 35 peratus yang memilih Waze.Setakat ini, tinjauan itu sudah menerima lebih 43,000 undian dan masa untuk mengundi masih berbaki lima hari.

Menerusi ruangan komen, netizen memaklumkan mereka lebih suka menggunakan Google Maps kerana dianggap lebih ‘boleh diharap’ dan tidak memberatkan sistem telefon.Namun ramai juga yang menyifatkan Waze lebih baik kerana dilengkapi real time reporting tool yang membolehkan pengguna mengetahui situasi di jalan raya dengan lebih tepat, termasuk sekatan jalan raya dan kemalangan.

Ini adalah beberapa komen lain daripada netizen mengenai dua aplikasi tersebut.

Beberapa hari lalu, Google dilaporkan akan menambah beberapa ciri tersebut kepada Google Maps untuk Android dan iPhone, selain sokongan Street View (Android) dan maklumat cuaca (iPhone), lapor portal antarabangsa bgr.com.

Turut akan ditambah ialah ciri mengesan penutupan lorong, objek yang menghalang laluan dan petunjuk kawasan pembinaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

10 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

10 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

12 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago