Hajat Saya Membawa Stail Hijab Penuh Terlaksana – Gaya Neelofa Di Milan Curi Perhatian

Peminat dunia fesyen dan pengikut Neelofa pasti perasan yang gadis ini, apabila menghadiri sebarang festival fesyen di luar negara, sebelum ini pasti akan memilih untuk mengenakan turban bagi menutup kepalanya. Malah imej sebegini jika diikutkan memang sudah agak sinonim dengan dirinya.

Namun agak memeranjatkan orang ramai apabila pengacara dan pelakon terkenal ini tampil mengenakan stail hijab penuh bersama persalinan sut serba putih sewaktu  menghadiri pertunjukan fesyen  MaxMara di  Minggu Fesyen Milan (MFW) beberapa hari yang lalu.

Rata-rata pengikut  dan pencinta fesyen hijab memberikan reaksi yang sangat positif  malah tidak kurang juga yang memuji gaya penampilannya.

Neelofa yang dihubungi Media Hiburan menerangkan dia sebelum ini lebih selesa dengan imej turban apabila bertemu ‘nama besar’ industri fesyen di luar negara bagi  membuka mata dunia bahawa gadis dengan imej berhijab juga mampu tampil bergaya.

“Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya.

“Saya tahu, jika mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya cuba tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara,” kata Neelofa kepada portal berkenaan.

“Namun, ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara sebagai satu-satunya tetamu yang mengenakan hijab penuh, dan diminta bergambar oleh beberapa jurugambar, saya berasa hajat saya untuk membawa stail hijab penuh ke luar negara telah terlaksana.

Saya berasa bangga. Bukan kerana dapat menghadiri majlis fesyen, tetapi dapat membawa gaya hijab penuh ke ruang fesyen antarabangsa – Neelofa

Selain MaxMara, Neelofa turut hadir ke pertunjukan fesyen Gucci, Prada, Fendi, Tods, dan Chanel. Antara selebriti Malaysia yang turut menghadiri Minggu Fesyen Milan adalah pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-yahya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

7 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

22 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

22 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago