Dapat Banyak Aduan Wanita Dipukul Suami, Lufya Omar Turut Akui Dipukul Suami Ketika Hamil?

Semakin terbuka ‘pekung’ kisah rumah tangga Lufya Omar dan suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz apabila Lufya memuat naik kisah suami memukul isteri di Instagram miliknya.

Terkini Lufya berkongsi perbualannya dengan seorang wanita yang turut berkongsi gambar kecederaan yang dialaminya. Melalui perbualan tersebut, wanita itu juga meminta Lufya menyimpan dan menyorok gambar kecederaan yang dialami oleh Lufya daripada pengetahuan suaminya.

Pada entri yang sama di ruangan komen, Lufya seolah-olah turut memberikan gambaran bahawa dia juga dicederakan suaminya ketika sedang hamil, apabila menjawab komen seorang pengikutnya di Instagram.

“I tengah preggy pun pernah kena tumbuk, sepak terajang… depan family dia pijak semut tak mati… last2 nama kita juga busuk,” tulis @zuriana_arshad di ruangan komen Lufya.

“@zuriana_arshad sama! Patut kita belajar tomoi la sebeum kawin. Jangan sedih ya. Takpelah. Tunggu balasan lagi hebat dari Yang Maha Hebat,” balas Lufya kepada yang menulis komen tersebut.

Pada entri tersebut juga Lufya mengakui menerima banyak aduan bergambar aduan-aduan wanita yang dipukul oleh suami masing-masing.

Lufya juga secara sinis menyindir suami yang suka berlagak seperti mereka yang menjadi mangsa di hadapan keluarga dan masyarakat.

“Belakang hari mereka ni akan ‘play victim’ kat keluarga dan masyarakat. Apa lagi yang ada raut wajah acah-acah lembut suci,” tulis Lufya.

Lufya juga memberi beberapa nasihat yang dianggap penting kepada semua wanita yang dianiaya suami demi masa depan diri sendiri dan anak-anak.

Berikut adalah nasihat yang ditulis oleh Lufya pada entri di Instagramnya itu.

1. Terus pergi hospital buat laporan kecerderaan.

2. Pergi balai buat laporan polis bawa laporan kecederaan. (untuk rujukan syariah; kalau taknak suami kena tangkap polis, boleh sekadar menyimpan bukti kukuh dan memberi peluang pengajaran kepada suami / boleh jugak buat report kasi suami menginap free kat lokap.

3. Mengadu pada wali, bapa, atuk lelaki, adik lelaki, bapa saudara untuk menjadi wakil dalam perbincangan keluarga. Kalau lebih rumit.

4. Lantik je lawyer. Kalau takde cukup kewangan, jgn risau ada je badan yang boleh bantu. Jangan takut negara kita ada undang-undang.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

7 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

13 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

13 hours ago