“Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat” – Dikritik Kerana Baju, Ini Jawapan Stacy Anam

Penyanyi Stacy Anam tampil menjawab kritikan pedas netizen terhadap penampilannya pada pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) malam tadi yang terlalu mencolok mata.

Kata pemilik nama Ummu Syaikhah Stacy Anam, 29, perkara yang terjadi di pentas tersebut tidak disengajakan.

“Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diingini berlaku kan? Malam tadi benda itu terjadi pada saya.

“Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tak sangka pula apabila membuat persembahan atas pentas dengan pencahayaan, pergerakan dan macam-macam, benda jadi lain,” kata Stacy menerusi kemas kini akaun Instagramnya.

Stacy menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu terbaharunya Khayal dengan menyarung body suit berwarna nude berenda hitam dan dihiasi motif floral.

Busana rekaan Hasfitri Yusof itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai apabila didakwa terlampau seksi seolah-olah Stacy sedang berbogel di atas pentas.

“Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi itu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam bidang begini memang risiko kan.

“Penuh yakin menghiburkan orang dengan sehabis tenaga tetapi lain pula jadinya. Tak boleh boleh buat salah atau tak sengaja, silap saja habis dilabel wanita akhir zaman.

“Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut-mulut manusia penghukum ini saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga.

“Jangan melibatkan ‘darling’ (Akim) saya okey. Dia pun sibuk bekerja. Semua silap dan hal yang tak kena datang dari saya saja.

“Kadang-kadang rasa dah nak berhenti dalam bidang ini tetapi belum ada rezeki masa yang sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini,” tambahnya.

Stacy turut memohon maaf seandainya aksi dan busana yang dipakainya pada majlis itu mengundang rasa kurang senang kebanyakan pihak.

“Saya nasihatkan jangan tengoklah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang tak elok.

“Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam,” ujar Stacy lagi.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

29 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

34 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago