Aliff Aziz Kantoi Lagi? Pelakon Baru Dedah Perangai Aliff Selepas Berpisah Dengan Bella

Rata-rata tahu kisah Aliff dan  Bella yang telah pun berpisah pada Mei lalu. Ada yang kesian pada Aliff dan mengharapkan agar Bella kembali bersatu dengan penyanyi terbabit dan ada juga yang berpendapat mungkin pengakhiran sebegini terbaik untuk Bella selepas berkali-kali di kecewakan Aliff.

Baru sahaja kisah mereka heboh di media sosial selepas mereka berdua dilihat menyanyi bersama dalam satu sesi IG Live yang menyebabkan netizen tak senang duduk

Baca artikel berkaitan : Bella IG Live Bersama Aliff, Netizen Pula Meluat

Bella kemudiannya menerangkan yang bekas suaminya, Aliff dalam proses untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Tup tup! Muncul seorang wanita di Twitter yang mendedahkan perangai sebenar Aliff selepas dia dan Bella berpisah.

Wanita berkenaan adalah seorang pelakon, Christine Joanne yang baru sahaja menempa nama dalam industri hiburan dan juga pemenang kedua di Miss Malaysia Kebaya Pahang 2019.

Difahamkan tujuan Joanne memuat naik perkongsian tersebut adalah untuk memastikan tiada wanita lain yang akan menjadi mangsa sama seperti dirinya.

Joanne mendakwa, dia mula mengenali Aliff Aziz selepas ditegur oleh penyanyi kelahiran Singapura berkenaan di Instagram. Dari situ mereka mula berhubungan dan Aliff sering kali berkongsi masalahnya kepada wanita berkenaan.

Namun tidak sampai beberapa hari berkenalan, Alif dikatakan telah meluahkan perasaannya. Malah Aliff turut memberitahunya yang bekas isterinya Bella sudah “move on” jadi Aliff  berpendapat dia juga harus bertindak sedemikian.

Joanne turut menyertakan bukti mesej perbualannya bersama Aliff di WhatsApp.

Selang beberapa ketika, Aliff memberitahu yang Bella ada menghubunginya untuk bertemu di Singapura. Disebabkan itu penyanyi kacak berkenaan telah menyekat Joanne di Whatsapp kerana khuatir Bella yang akan ke Singapura akan dapat menghidu hubungannya bersama wanita berkenaan di aplikasi Whatsapp.

Difahamkan mereka kemudian banyak berhubungan melalui aplikasi Telegram

Hubungan dia dengan Aliff senyap selepas ada ura-ura Aliff bakal kembali dengan Bella menyebabkan Joanne sedikit kecewa.

Joanne turut menghubungi Bella untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan dalam masa merasakan orang ramai harus tahu apa sebenarnya yang terjadi antara dia dan Aliff.

Perkongsian ini juga sebagai mesej untuk semua wanita agar sentiasa beringat dan berjaha-jaga agar tidak mudah menjadi mangsa. Joanne dalam masa sama sudahpun memaafkan Aliff, namun menekankan yang hati dan perasaan seorang wanita tidah seharusnya dipermainkan.

Perkongsian ini lebih kepada untuk mengingatkan wanita agar lebih berjaga-jaga – Christinne Joanne

Perkongsian ini turut menyebabkan Joanne dikecam oleh netizen kerana seakan tidak mengenali perangai sebenar Aliff seperti yang diketahui ramai.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago