Isteri Sufi Rashid Bakal Buat Laporan Polis Kerana Kerap Dicerca Netizen?

Kecoh di media sosial baru-baru ni, apabila ibu kepada penyanyi Sufi Rashid,Irma Suriana meluahkan perasaan kecewanya apabila didakwa diperlakukan seperti seorang penjenayah ketika menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Difahamkan ada pihak yang cuba menghalang Irma sekeluarga dari memasuki dewan majlis tersebut . Namun siapa mereka? Tiapa siapa yang mengetahuinya.

Usai majlis pernikahan mereka.

Namun lebih menggemparkan apabila muncul satu video sewaktu majlis tersebut sedang berlansung yang memperlihatkan isteri Sufi, Aen dilihat perlahan-lahan meninggalkan pelaminan sewaktu Irma naik memeluk dan mencium anaknya.

Video yang tular itu menyebabkan Sufi terpaksa tampil untuk memperjelaskan apa yang terjadi bagi meredakan keadaan.

Baca artikel berkaitan : Isu Video Viral, Sufi Rashid Tampil Perjelaskan Keadaan

Tidak berhenti setakat di situ sahaja,  video tersebut juga telah menyebabkan akaun Instagram milik Aen atau nama betulnya Nurulain Md Yusof  diserang berterusan oleh beberapa orang netizen yang begitu marah dengan tindakannya sewaktu hari kejadian.

Terbaru, Aen melalui Instagram Storynya mendedahkan akan membuat laporan polis melalui ibu-bapanya terhadap beberapa individu yang dikatakan telah beberapa kali menghamburkan kata-kata kesat kepadanya.

Foto : IG Ain Via Gempak.com

Menurut Aen lagi laporan yang bakal di buat bukan petanda dirinya takut, tapi merasakan semua itu sudah melebihi tahap kesabarannya sebagai seorang manusia biasa.

Contoh komen yang akan dilaporkan kepada polis oleh ibu-bapa saya. Ini bukan kerana saya takut, tapi saya hanya manusia biasa, ada tahap sabarnya – Aen Yusof

Wanita ini turut berkongsi beberapa lagi screenshot ‘komen pedas’ yang telah dibuang olehnya yang akan dijadikan sebagai bukti untuk diserahkan kepada polis.

Foto : IG Ain Via Gempak.com

Nasihat kami, semarah mana pun anda, berhentilah mengecam dan menganggu privasi orang lain, kerana dikhuatiri bakal memakan diri sendiri kelak. Berikan mereka ruang untuk menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

36 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

55 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago